25 August 2013

Johan Perdana!

Menanti senja..


Tahun ini saya bertugas selaku penolong ketua rumah sukan yang tak rasmi untuk dua tahun berturut. Kenapa tak rasmi? Sebab bukan lantikan pentadbir hanya lantikan dari ketua rumah sukan. Saban tahun ketua rumah sukan yang bertukar tetapi penolongnya bergantung kepada permintaan ketua rumah sukan. Ketua rumah sukan tahun ini juga meminta saya membantunya dalam apa sahaja urusan rumah sukan. Maklumlah ketua rumah sukan tahun ini memang pangkat ala adik adik dan suka minta tolong apa apa roger saya. Saya agak bernasib baik kerana jawatan AJK banyak dipegang oleh PRS dalam rumah sukan Perdana ini. Jadi memudahkan saya untuk ambil tahu dan mereka juga mudah untuk melontar idea. Yang penting duit ada..senanglah nak buat macam mana sekali pun. In charge untuk perbarisan rumah sukan Perdana, idea pelajar ini memang terbaik. Memandangkan sekarang musim jerebu, maka idea menutup mulut dan hidung dengan ala-ala fesyen Arab dipilih sebagai tema pasukan perbarisan rumah Perdana.

Memandangkan pada hari sukan sebenar, guru ketua rumah sukan bertugas di luar maka saya mengambil alih untuk tabik hormat ini. dan tempias kegembiraan mereka memperolehi johan perbarisan Sukan sekolah dan tempat kedua rumah sukan pada Hari Sukan sekolah. 





 

Telegram Channel