3 October 2013

Main basikal Taman Botani


Salam Khamis!

Hari ni nak share picture program Berbasikal di Taman Botani, Putrajaya bersama komuniti Kampung Baru anjuran Klinik Kesihatan Cheras dan Klinik Kesihatan Kampung Baru. Projek yang melibatkan 12 pelajar projek Minda Sihat dan dua orang guru pengiring..of course saya dan Rozi. Projek ini melibatkan bajet dari Kementerian Kesihatan. Tetapi oleh kerana Klinik Kesihatan Cheras telah kehabisan bajet krn aktif menjalankan aktiviti,  maka kami menumpang bajet untuk projek komuniti Kampung Cheras Baru.

Seawal 8 pagi tunggu bas di Klinik Kesihatan Cheras dan kami tiba di Taman Botani pada pukul 9 pagi. Kami dibahagikan kpd 2 kumpulan iaitu kump A dan kump B. Pelajar diletakkan dlm group B melalui laluan berbukit dan agak sukar bagi yg tidak ada pengalaman. Basikal kat sini agak elok dan masih baru dan cantik. Cuma saya yg tidak bernasib baik krn dpt basikal yg tak berapa sesuai dan serasi..nasib larr jadi orang terakhir yg pilih basikal. Harga sewa basikal agak murah cuma RM 4 sejam rasanya.



Setelah mendengar takimat, kami mula mengikut laluan B. Rasanya baru 10 minit kayuh dah kena laluan mendaki..huhu mmgla tak fit! Rozi mula kurang selesa dan surrunder. Kesian pulak dgn partner saya ni..maklumlah ibu mengandung yg mabuk alahan. Biasanya dia fit dan kami support each other time outdoor especially time hiking yg mmg dia suka dia sangat dan fit dan dia akan support saya. Tapi bila apa saja aktiviti di air..snorkeling..asas scuba diving..berkayak..yg mmg my favourite activity, saya pulak yg akan support coz Rozi mmg agak fobia dgn aktiviti dalam air.Well..saya minta agar staf Klinik Kesihatan Cheras yg join sekali dgn group kami meneruskan kayuhan mereka dan saya menemani Rozi ke wakaf.



Pemandangan di sini memang cantik dan yang penting mendamaikan dengan kehijauan alam yang memukau. Student nampaknya sangat seronok dan dari jauh saya mendengar suara mereka ketawa dan bergurau senda antara satu sama lain. Hopefully riadah ni benar -benar boleh mengurangkan stres mereka dan mencapai objektif modul dalam projek Minda Sihat. Sementara Rozi berehat di wakaf, saya berjalan -jalan menikmati pemandangan alam yang mendamaikan.

















Setelah berbasikal hampir sejam , kami berhenti untuk minum pagi. Kami berhenti rehat di dalam sebuah monumen seperti istana Monaco..opsss sorry kalau saya tersalah sebut. Hampir 10 minit menikmati makanan, pengawal keselamatan datang dan menegur kumpulan kami kerana makan di kawasan larangan ! Kena sound depan student..haisyyy malu wei. Tetapi guard yang baik hati tu tak sampai hati untuk menahan kami dari tengah makan dan mengingatkan agar menjaga kebersihan. Rupa-rupanya bayaran ke dalam Taman Botani ini adalah percuma cuma sesetengah tempat dalam kawasan Botani ini dikenakan bayaran termasuklah tempat yang kami lepak dan bersantai di model monumen istana Monaco tu.



Setelah berehat, kami meneruskan aktiviti. Pelajar menyambung kayuhan mereka sehingga pukul 11.30 pagi dan kami memulangkan basikal semula ke stor penyimpanan basikal. Kemudian kami mengambil kesempatan masa yang ada dengan melalui canopy walk..dan menikmati kehijauan alam. Cuaca sangat panas terik ketika ini dan no! no! no! untuk saya bersiar -siar dengan senang hati dengan keadaan berpeluh -peluh kepanasan. My bestfriend know very well how puteri lilin I am
.


Pukul 12.45 kami bergerak pulang dan kepuasan berbasikal terserlah di wajah mereka!

 

Telegram Channel