15 October 2013

Salam Pengorbanan

Selamat berbuka puasa,
Bagi yang berpuasa sunat,
Arafah 9 Zulhijjah.

Busy di dapur maklumla esok raya.
Sambil menunggu rendang ayam kering atas dapur, saya membelek mesej whatsapp hari ni dari bekas pengerusi PRS 2012 iaitu Azfar. Dia minta tolong saya translatekan semua sijil sekolah dalam bahasa Inggeris untuk memohon further study ke oversea. Beliau merupakan pelajar tajaan MARA

Apa yang menarik perhatian saya ialah kesungguhan beliau, pengorbanan dalam struggle untuk study, pengorbanan ibu yg membesarkan sebagai ibu tunggal dan bagaimana student ini survive to be excellent student. Seorang yang sangat sopan dan beradab dan menerima anugerah pelajar bersahsiah tinggi sebanyak beberapa kali di sekolah dan disenangi oleh kebanyakan guru. Mempunyai karisma tersendiri menyebabkan pelajar ini memegang jawatan penting dalam aktiviti kokurikulumnya dan sentiasa ingin membuat yang terbaik jika terlibat dengan sesuatu pertandingan. Banyak masanya diluang di bilik kaunseling selepas sesi persekolahan menyebabkan hubungan guru kaunselingnya dengannya sangat rapat.

Bersungguh - sungguh saya mencalonkannya untuk anugerah pengetua sewaktu majlis anugerah cemerlang yang lalu. Alhamdulillah memang rezekinya dan pencalonan itu berjaya meletakkannya sebagai penerima anugerah pengetua.

Hopefully Azfar boleh survive di peringkat yang lebih tinggi dan menggembirakan ibunya
yang banyak berkorban dan meneruskan kecemerlangan di peringkat tertinggi.

 

Telegram Channel