27 November 2013

Homestay di Kpg Haji Dorani, Selangor


doranihomestay.blogspot.com/?m=1

Imbas projek homestay tahun 2012 di kampung Haji Dorani. Kami menggunakan perkhidmatan konsultan kerana program kepimpinan dalam bentuk homestay. Yeah..student sangat excited. Kami menggabungkan 4 kumpulan khas sekolah iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, AJK Koperasi  dan ahli PRS. Pelajar tinggal dibeberapa buah rumah orang kampung dalam 6 hingga 10 orang.

Guru - guru juga menginap bersama di rumah orang kampung. Aktiviti makan dalam talam besar dan bermain sawah padi antara aktiviti yang disukai pelajar...dan guru! terutama kaki pancing ...dalam tali air pun jadilah dapat memancing. Aktiviti berjalan celah celah batas padi antara minat saya sejak dari kecil lagi setiap kali balik kekampung...so saya sangat enjoy menghirup udara petang di sini.

Aktiviti berjalan malam dalam kawasan kampung juga memberikan pengalaman yang berbeza kepada pelajar Kuala Lumpur ini. Maklumlah kalau berjalan malam dalam hutan aktiviti kepimpinan yang biasa dijalankan...kalau homestay lain pula pengalamannya. Sarapan dan makan tengah hari makan bersama keluarga angkat dan kami masak bersama-sama keluarga angkat tetapi makan malam bersama-sama di rumah penghulu kerana tempat berkumpul dan makan bersama dalam talam besar. Aktiviti kepimpinan juga dijalankan di ruang terbuka di hadapan ruang seperti LDK.













 

Telegram Channel