2 December 2013

Hari Keluarga PRS ke Extreme Park @ Sepang

http://www.extremepark.com.my/sites/


Setahun berlalu...program jalan-jalan cari makan bersama ahli PRS Tingkatan 5/2012 yang lalu. Program sehari kami bertolak pada waktu tengah hari dan terus ke extreme park ini. Bermain go kart, ATV dan macam macam lagi. Nampak macam best ATV ni,...tapi bayar mahal-mahal hanya naik tak sampai 3 minit then selebihnya orang lain yang bawakkan sebab tak pandai kawal masa masuk selut dan kaki saya menahan ke dalam selut tu hingga kena tegur ..cara yang membahayakan. Huhu rasanya pekerja extreme park ni lagi pening jaga cikgu dari jaga pelajar PRS hahaha. 

Habis bermain dua jam di extreme park ini, kami terus ke pantai bagan lalang dan menikmati makan malam di sana. Berpatutan makan ikan bakar di sini dengan seafood yang pelbagai menu dengan suasana santai tepi pantai Bagan Lalang.















 

Telegram Channel