21 December 2013

Guru Kaunseling SMK Cheras 2000-2013

Semoga persahabatan 
Masih dalam ingatan


Sebelum saya mendapat tahu dimanakah saya perlu dipostingkan, saya kerap ke UBK SMK Cheras membantu guru kaunseling sepenuh masa di situ iaitu Puan Siti Hawa. Apabila Puan Siti Hawa bertukar kerja, saya menggantikan tempat Puan Siti Hawa dan bertugas sebagai guru kaunseling sepenuh masa bagi sesi petang memandangkan Harjazi sudah posting terlebih dahulu di situ pada bulan Mac kerana dia adalah bekas guru dari sekolah rendah yang melanjutkan pelajaran. Bagi graduan yang bukan bekas guru, posting pada bulan Julai 2000. 

Dari tahun 2000 hingga kini, hanya Rozinani yang paling lama bersama saya hampir 8 tahun.


Harjazi Hashim rakan sekerja dari tahun 2000-2004
Bertugas di kolej matrikulasi pada 2004.

Noraliza Latib AJK Kaunseling dari 2000-2003.
Lantikan guru kaunseling sepenuh masa pada 2004 tetapi beberapa bulan kemudian berpindah ke Perak 

Jawahir Abdullah (baju merah) bertugas di SMK Cheras pada bulan Jun 2004 hingga 2008.
Bertukar ke Kelantan pada 2009.
Rozinani Awang (baju hitam) bertugas di SMK Cheras pada 2005 hingga kini.

Che Mohamad Padali (3 dari kanan)posting di SMK Cheras pada Nov 2007 hingga kini
Syarifah Syuhaini (4 dari kiri) bertugas di SMK Cheras  pada  2009 hingga 2011.

Sekarang kami bertiga sahaja

 

Telegram Channel