16 December 2013

Keceriaan Sekolah: Projek Cuti Sekolah


Terima kasih daun keladi
Setiap tahun buat lagi

Cuti sekolah yang panjang ini acara keceriaan sekolah memang antara aktiviti amal yang wajib dijalankan oleh ahli PRS terutama di tingkatan 4. Ini ialah aktiviti yang dijalankan pada Disember tahun 2012. Ahli PRS Tingkatan 4 menjalankan aktiviti mengecat pada koridor minda sihat yang sangat strategik iaitu laluan utama dari pintu pagar sekolah ke tapak perhimpunan dan laluan balik sekolah ke pagar. Laluan koridor ini juga menuju ke kantin sekolah dan memang merupakan hotspot. PRS menjalankan aktiviti mengecat tiang agar nampak berseri dan wajah baru.

Dan yang paling ketara perubahan pada awal tahun 2013 ialah projek mengecat blok C dari tangga tingkat bawah ke tangga tingkat 1. Dari suasana suram, menjadi ceria dengan warna minyak merah.Tangga yang menuju ke bilik PBS sebab itulah prkataan Selamat Datang ke Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Saya sangat berharap kurangnya aktiviti vandalism dalam kalangan pelajar jika melalui tempat -tempat yang telah diceriakan. Lihatlah ayat -ayat cantik di sepanjang koridor ini, tak tahan setahun pun dah tertanggal. Mungkin sebab tiupan angin atau hujan lebat tetapi ada juga pelajar yang suka memegang atau menampar ayat-ayat tergantung atas kepala itu tanpa rasa bersalah. Mereka tidak sedar tindakan itu boleh menyebabkan ikatan terputus.



 

Telegram Channel