25 January 2014

Bengkel Pengawas

Pakej 2 dalam 1
Hari Gotong Royong Perdana
Plus Bengkel Pengawas

Hari ni bengkel pengawas bagi sesi pagi  diadakan anjuran UBK. Program dimulakan oleh taklimat penyelaras program, taklimat Ketua Guru Disiplin, taklimat guru penasihat pengawas, taklimat PK HEM. Semua taklimat berkaitan dengan tugas pengawas, penampilan pengawas, disiplin pengawas dan lain lain.
Padali menerangkan mengenai tugas pengawas dan Aktiviti LDK dikendalikan oleh saya dan Rozinani. Kami membahagikan pelajar dalam dua kumpulan dan menjalankan modul asertif mengenai respon dan tingkah laku pengawas terhadap pelajar dan modul membuat keputusan mengenai tindakan yang sesuai yang boleh diambil oleh pengawas sewaktu mengambil tindakan. 

 

Telegram Channel