30 January 2014

Sesi Kaunseling Kes Gaduh

What a day!
Marathon sesi kaunseling
From 9 am - 1.00 pm

Hari ni rakan sekerja cuti sakit. Mujur takde program ubk hari ni..bersilih ganti student cari guru kaunseling dan marathon saya buat sesi kaunseling hari ini.
Orait apa yg havoc sgt start dari hari Isnin. Kes gaduh ..gaduh ..gaduh. Hmm cabaran menjadi guru di sekolah menengah harian biasa di tengah bandaraya KL ni dgn status sekolah yg biasa biasa jer majority background student dan expose dengan pelbagai jenis masalah sosial di luar so mmg tak menghairankan tempias masalah disiplin dalam sekolah. 

Kes pertama tentang mangsa yg ada masalah dgn si A dan pernah dipukul oleh si A. Sekolah telah mengambil tindakan terhadap si A.  Then mangsa beritahu si B pula cari pasal pukul dia hingga dia takut nak balik rumah. Si B tunggu di luar sekolah dgn A dan C dan D. Versi student B..yg simangsa ni buat fitnah bagitau si A nak pukul mangsa di luar sekolah sehingga si A kena buang dari sekolah. Apabila diteroka bagaimana pula si A boleh pukul si mangsa dulu,  si B kata sebab mulut mangsa kata benda yg menyakitkan hati pada si A. Hmmm..mcm mana si A tau? B kata dia sampaikan...well inila punca sebenar.

Puncanya  B marah kerana mangsa tidak menghormati  A dengan panggilan abang. Mangsa hanya menyatakan kehairanan kepada B, mengapa dia mesti memanggil A dengan panggilan abang ..dan versi B pula entah bagaimana menyatakan kpd A dan mendatangkan marah A kpd si mangsa.

Orait yg menarik lagi B tidak sedar apa yg dia buat adalah punca kepada pergaduhan. B ingin berjumpa dgn mangsa diluar sekolah kononnya nak bercakap dgn baik mengapa menfitnah A memukul mangsa walhal mangsa belum dipukul. Tapi mangsa berlari apabila terserempak dengan B dan gengnya..of course dear bila mangsa seorang diri then B C D mengelilingnya mesti sebagai mangsa, sesiapa sahaja akan takut. Then B kata kerana perbuatan si mangsa, kawannya A kena buang sekolah dan ingin mangsa meminta maaf kepada A.

Bila saya menyatakan kepada B bahawa A tidak dibuang sekolah..siapa yg cakap? Si B kata  A yg ckp..well kaedah menarik simpati kawan kawan dgn create cerita sendiri dan B mempercayainya. Bila B menyatakan yg dia tidak memukul dan bercakap baik sahaja well dengan tiada saksi susah untuk mempercayai cerita. Versi C dan D lagi menarik dgn mengatakan yg mereka memegang batu dan membaling antara satu sama lain sewaktu bermain di padang, tetapi apabila ternampak mangsa mereka memanggilnya. Of course la mangsa takut dgn batu yang berada di tangan tu. C pula memegang bahu mangsa dan D memegang beg mangsa dan meminta mangsa jangan berlari untuk bertanya kononnya dgn baik kenapa buat A hingga buang sekolah tapi si mangsa diam je dan meronta ronta. Mangsa berjaya larikan diri dari C dan D. Mengikut versi mangsa, B memukul kakinya tapi B menafikan kerana tiada saksi. Konfrantasi apakah kesalahan yg dibuat dan punca adalah dari B. Barulah dia sedar betapa bahaya menyampai cerita. Setelah tamat sesi dengan mereka agar mereka memahami di manakah kesilapan masing masing sama ada mangsa, yang disyaki dan yang bersubahat barulah tamat part saya.

Sesi kaunseling bagi isu bergaduh memang memakan masa yg agak panjang dalam sehari kerana ia adalah isu segera dan sangat penting. Laporan juga perlu disediakan pada hari yang sama untuk menjawab pelbagai isu di kemudian hari. Dari sesi kaunseling si mangsa, then yg disyaki, then ronda kelas pergi cari yang jadi saksi ke subahat ke.. of course with counselling approach nak korek rahsia dgn tone suara yg neutral sama ada kpd yg disyaki..huhu and at the same time timbulkan kesedaran perghh its not easy. By the end barula rasa penat otak..perut pun berbunyi bunyi lapar lapar..wei..


Dari C dan D saya dapat tahu bahawa si mangsa dan si B tinggal dalam kawasan kejiranan berhampiran dan ahli keluarga mangsa dan ahli keluarga B memang bermasalah antara satu sama lain. Well masalah sosial di luar ..dibawa ke dalam kawasan sekolah mmgla berantai dan berantai. Setakat dalam sekolah masih lagi dalam kawalan dan tindakan guru tetapi bagaimana agaknya nasib mereka dengan geng geng mereka di luar sana kononnya dengan alasan membalas dendam kerana menyentuh adik beradik mereka.  Saya berharap inspektor polis perhubungan sekolah dapat melakukan sesuatu. Rondaan polis pada hari Isnin lepas berjaya membatalkan niat bergaduh antara geng bagi kes kedua saya hari ni.


Orait unit disiplin memberikan hukuman yang setimpal iaitu satu amaran keras dan satu rotan oleh guru disiplin di punggung. Bagi C dan D dianggap bersubahat so satu rotan di tangan. Surat untuk memaklumkan kepada ibu bapa akan diambil tindakan oleh unit HEM.

 

Telegram Channel