22 January 2014

Motivasi PMR - Yayasan Pendidikan Cheras

Hari ni ke YPC pula
Selaku AJK Penceramah
Program Motivasi PMR
Hari ni program anjuran YPC. Sebagai sekolah angkat YPC kami menghantar 10 wakil pelajar Ting 3 menyertai program ini. Bagi program ini saya bertugas selaku AJK Penceramah iaitu menjaga kehadiran penceramah ke YPC..dan jika ada masalah saya akan menjadi penceramah sementara huhu. Slot bermula dengan goal setting oleh kaunselor SM Aminuddin Baki En Rofii dan slot 2 bertajuk kemahiran belajar berkesan oleh partner saya Che Mohamad Padali dan slot 3 oleh Ustat Zulkifli selaku Ketua di Sektor Pend Dakwah dan Islam JPWP mengenai konsep menuntut ilmu satu ibadat dalam Islam. Bab teknikal dan sound system memang agak bermasalah dan LCD kabur. Walaubagaimanapun program berjalan lancar. Tetapi sesuatu yg harus dipuji ialah inisiatif Yayasan Pend Cheras menganjurkan program sebegini untuk kepentingan pelajar tanpa perlu membayar sesen pun. Makanan dan peralatan ditanggung oleh pihak YPC iaitu satu badan yg byk berjasa kepada sekolah di sekitar Zon Pudu.
 

Telegram Channel