27 January 2014

Saringan Minda Sihat 2014

Too many things to do
A very long checklist
To be done by today!!

Hari ni program saringan minda sihat bagi semua tingkatan empat. Kami mengumpulkan semua tingkatan empat dalam dewan dan memberi satu masa sahaja kepada para pelajar untuk menyiapkan Ujian DASS. Mujurla ujian gaya daya tindak tidak perlu dijalankan..jika tidak memang saya terpaksa menggunakan masa yang lebih lama kerana ujian itu agak teknikal dari segi memberi respon terhadap skala. Saya juga mengharapkan agar tahun ni hanya tingkatan empat sahaja menjalankan ujian ini. 

Ujian ini memang nampak mudah untuk ditadbir..tetapi proses yg perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling selepas projek dijalankan  memerlukan masa yang agak banyak. Ini kerana jika pelajar terlibat mendapat skor stress, depress yang tinggi, pelajar tersebut tidak sewenang wenangnya dirujuk kepada pakar perubatan. Guru kaunseling perlu berjumpa dengan setiap pelajar tersebut. Itupun kami berjumpa dengan pelajar mendapat skor tinggi bagi skor minda sihat. Setiap masalah perlu direkod terlebih dahulu dan di atas dasar etika menyimpan rahsia kami perlu berhati hati merujuk pelajar kerana ibu bapa yg bertanggungjawab membawa anak mereka ke klinik untuk dirujuk. Sekiranya sesi pertama dijalankan hampir majoriti pelajar dirujuk perlu sesi kaunseling kedua dan susulan terutama kes yang melibatkan skor tinggi DASS yang melibatkan pelbagai kes berat dan melalui pelbagai prosedur perundangan dan peraturan. Sekiranya saringan mendapati ada 45 orang pun dah cukup berat bagi kami kerana dalam sebulan belum tentu kami dapat berjumpa dengan 45 student terlibat kerana kes kaunseling individu lebih memakan masa untuk membuat appointment dengan setiap mereka.  

Tugas hakiki bukan semata mata dgn klien minda sihat, kes disiplin dan pelbagai masalah peribadi lain perlu diambil berat. Guru kaunseling bukan semata mata mengadakan sesi kaunseling tetapi terlibat dengan menganjurkan pelbagai aktiviti. Jika tugas kami semata mata menjalankan sesi kaunseling, then memang ia lebih berkesan menangani masalah student kerana tugas lebih berfokus dan kami dapat bertemu dengan lebih ramai student dalam masa sebulan.
Terus terang saya katakan jika saringan minda sihat ingin diperluaskan ke semua tingkatan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan dalam satu mesyuarat dengan KPM..memanglah memberi impak yang besar kepada perkhidmatan kaunseling. Ini kerana sudah tentu lebih ramai pelajar yang disaring mendapat skor tinggi DASS. Jika anda mendapati seseorang mendapat skor tinggi DASS bagi stress dan depress sudah tentu anda cuba sedaya upaya untuk membantu dan bersua muka tetapi anda tidak mempunyai sumber tenaga yg cukup bagi menyaring masalah pelajar dalam tempoh masa singkat. Ia mungkin memakan masa berbulan bulan. 

Jika ingin merujuk pelajar, pelajar akan membawa surat rujukan skor saringan minda sihat yang dirujuk oleh guru kaunseling kepada doktor di klinik kesihatan dengan ditemani oleh ibu bapa penjaga. Di klinik pegawai perubatan akan mendiagnos pelajar sama ada perlu berjumpa pakar perubatan di hospital atau tidak. Appointment yang diberikan agak lama mencecah seminggu atau dua minggu dan ada yang hampir sebulan selepas perjumpaan dengan doktor di klinik bergantung pada kes. Akhirnya student itu akan berjumpa guru kaunseling semula dan guru kaunseling perlu memantau progress student tersebut. Disinilah kelemahan projek minda sihat ini kerana pelajar agak berat untuk berjumpa dengan doktor dan menceritakan masalah kerana setting bilik rawatan klinik sendiri yg mana nurse berlegar legar dan keluar masuk bilik rawatan menyebabkan pelajar kurang selesa. Guru kaunseling pula kena menyakinkan pelajar untuk berjumpa dengan doktor yang mana ibu bapa perlu dimaklumkan terlebih dahulu mengenai masalah pelajar hingga perlu dirujuk. Part nila yang susah bila nak rujuk ibu bapa, mmg kurang sambutan. Sama ada pelajar tidak mahu atau ibu bapa sendiri yg susah hendak membawa anak ke klinik. Maklumlah kecederaan emosi tidak sama macam kecederaan fizikal. Appointment dengan pakar agak lama dari segi tempoh masa sehingga ada yang dapat menyelesaikan masalah sebelum tiba masa berjumpa pakar! Pelajar lebih suka bercakap dengan guru kaunseling yang mana tiada batasan masa untuk berjumpa. 

Program ini  memang bagus kerana guru mendapat klien stres dengan cepat. Tapi biarlah saringan ini dijalankan untuk form 4 sahaja agar lebih cepat mengesan masalah dan memantau tingkah laku. Jika saringan DASS dijalankan kepada lebih ramai pelajar, saya akan rasa terkilan jika tidak dapat serve pelajar yg mendapat skor tinggi DASS dengan baik kerana kekangan masa dan sumber tenaga. Data akan tinggal sebagai data sahaja tanpa sempat diambil tindakan susulan.

 

Telegram Channel