2 May 2014

Mesyuarat Majlis Makan Malam Amal PIBG Jubli Emas

Hello May
Time to slow down

Hari ni mesyuarat majlis makan malam amal di sekolah. Saya hanya dapat bentangkan mengenai penjualan satu meja berharga rm100 dan satu meja berharga rm50. Jualan meja yang kurang memberansangkan. Saya memberikan cadangan agar program makan malam amal ini di sebar untuk pengetahuan ibu bapa melalui surat jemputan yang menjelaskan bagaimana jualan dilakukan dan kutipan dibuat. Memang AJK PIBG ada memaklumkan kepada pelajar di sekolah mengenai perkara ini tetapi tidak tahulah bagaimana cara para pelajar menyampaikan kepada ibu bapa. Yang penting bagaimana cara ibu bapa ingin menyumbang kerana tidak dinyatakan dengan jelas.  Ini kerana saya pernah menjadi AJK Solat Hajat, AJK Majlis Berbuka Puasa agak mudah menerima sumbangan hingga 2k walhal melibatkan ibu bapa Islam Ting 3 dan 5 sahaja. Jadi saya rasa jualan majlis amal boleh dilonjakkan lagi. Kutipan setakat hari.ini baru sekadar rm 11k. Satu jumlah yg agak membimbangkan dari segi kutipan. Well perjumpaan 9 mei untuk ajk jualan tiket untuk mengetahui setakat mana hasil kutipan huhu kenalah gerakan ajk ku besar besaran.
 

Telegram Channel