10 May 2014

Team Building Post Larian Jubli Emas

Hi Sabtu
Macam biasa
Mari bekerja
Habis je Larian Jubli Emas, UBK diamanahkan mengadakan aktiviti pelajar untuk sesi petang. Ini kerana pelajar sesi pagi menggunakan kelas kerana menghadapi peperiksaan manakala pelajar sesi petang perlu menjalankan aktiviti antara 10.30 pagi hingga 1.10 tengah hari kerana aktiviti sekolah ganti. Kami memisahkan pelajar peralihan dengan aktiviti modul kaunseling dan dikendalikan oleh mentor peralihan di pusat sumber. Manakala bagi pelajar tingkatan dua di gimnasium dengan aktiviti teambuilding manakala di dewan dengan aktiviti senamrobik. Idea menghubungi instruktor senamrobik dari DBKL yang pernah menawarkan aktiviti senamrobik untuk pelajar tingkatan dua pada 21 April lepas sila refer entri blog sebelum ini. Dengan bayaran  RM150 kepada instruktor tersebut, bolehla UBK fokus kepada satu aktiviti sahaja iaitu team building di dewan kerana pada masa yang sama saya perlu jadi runner kat tiga tempat iaitu pusat sumber dan dewan dan perlu menghadiri mesyuarat majlis makan malam di bilik mesyuarat bersama AJK PIBG dan AJK Majlis Makan Malam.

Cikgu Padali menjalankan aktiviti ice breaking, aktiviti team building dengan pakaian beragam, kerusi berirama dan nyayian berkumpulan. Ye...suasana agak panas di gimnasium tapi menarik minat pelajar untuk memberikan kerjasama.
 

Telegram Channel