2 June 2014

Aktiviti UBK Waktu Cuti Sekolah

Desa Waterpark
Hip hip horeeee
Yeah..the kids place*


Hai Jun! Cuti sekolah dah bermula secara rasminya hari Rabu lepas 28 Mei 2014. Sejak menjadi guru kaunseling di sini selama hampir 14 tahun , kami mempunyai satu budaya di UBK ini iaitu kami akan mengatur jadual asalkan ada sahaja yang mesti berada di Kuala Lumpur ni agar mudah untuk menghadiri apa sahaja program adhoc jika dipanggil. Oleh sebab tahun ni, Rozinani bersalin maka saya dengan Padali la kena atur sesama kami. Padali menguruskan perkahwinan adiknya di minggu pertama ini maka saya lah yang kena berada di sekolah pada minggu pertama dan pada minggu kedua barulah Padali akan berada di sekolah. Ia bukanlah satu yang formal yang perlu di punch card untuk menunjukkan kehadiran kita seperti jadual bertugas AJK Pengurusan yang lain. Ia lebih kepada keberadaan di mesyuarat atau program yang perlu dihadiri jika dipanggil dan menguruskan kerja pengurusan UBK yang lain.

Takwim saya untuk minggu depan
2/6/ 2014
UBK: Pengurusan fail spsk

3 /6/2014   
Kursus Kemahiran Menjahit Manik  
di KOBENA dan lunch Sambutan Hari Guru - YPC di Berjaya Hotel

4/6/2014     
Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Histeria di JPWP

5/6/2014 - 6/6/2014
Taklimat PT3 Ujian Aptitud di De Palma Hotel
 

Telegram Channel