8 June 2014

Al fatihah

Al fatihah

Berita kematian mantan pegawai kaunseling JPWPKL  pukul 6 petang semalam di HUKM- yang mesra dikenali sebagai En Iman Jadi. Pagi ini lebih kurang pukul 10.30 pagi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Cheras Baru.
Sebelum wujudnya Pejabat Pendidikan Daerah  di Kuala Lumpur ini, segala urusan perkhidmatan UBK direct terus dengan pegawai kaunseling JPWPKL. Ini jelas menunjukkan betapa akrabnya hubungan guru kaunseling WPKL dengannya. Pada ketika itu juga terutama tahun 2007 hingga 2011 saya banyak terlibat dengan aktiviti peringkat negeri dan kebangsaan yg mana saya sering bekerjasama dengan arwah untuk menjayakan sesuatu program. Oleh itu saya boleh mengenali lebih dekat arwah sama ada sewaktu formal atau waktu santainya. Arwah umpama seorang ayah yg sentiasa tersenyum dan suka membuatkan suasana ceria. Last saya berjumpa dengan arwah rasanya dua tahun lepas sewaktu kenduri kahwin anaknya di rumahnya ketika itu dan masih mengekalkan sifat ramah mesranya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.


 

Telegram Channel