25 June 2014

Exam PT3 KKQ

Exam PT3
Format baru

Bila cakap pasal exam PMR kita akan bayangkan suasana exam dengan IC di meja dan slip peperiksaan. Pengawas peperiksaan juga adalah orang luar iaitu guru dari sekolah lain yg akan mengawasi pelajar. Signboard senyap! Peperiksaan sedang berjalan pun hanya kelihatan bila exam melibatkan Lembaga Peperiksaan Malaysia KPM. 

Format baru tahun ni bagi PT3 ..saya berpeluang menjadi pengawas PT3 yang pertama untuk sekolah ni mengawasi peperiksaan KKQ  bagi kelas Aliran Agama. Memberikan arahan dengan tegas dan membacakan peraturan peperiksaan kepada calon sekolah sendiri, saya perasan student tersengih sengih. Kalau dulu bila guru pengawas peperiksaan baca je arahan, kita dah gerun dengan muka yg tak familiar dan nada suara yg tegas! 

Aura jadi ketua pengawas SPM tahun lepas masih ada lagi..huhu so buat SOP exam betul betul macam exam. Check IC student atas meja walaupun mmg muka diaorang hari hari tengok hihi. Dan tona ketegasan suara memberi arahan ..saya sedar student confuse adakah saya bad mood dengan suara serius...hihi.
Biasanya student ni suka pinjam barang time exam sekolah dengan cuit sana sini..budaya angkat tangan time exam kat sekolah sangat jarang diaplikasikan untuk meminjam barang seperti pembaris, pemadam atau kalkulator. Angkat tangan nak pergi toilet biasa. So kenalah warning student agar angkat tangan hatta nak pinjam barang sekali pun..jika didapati ada keraguan boleh disabitkan percubaan meniru yang akan menjejaskan markah..kenalah warning sbb bila student dah biasa dengan budaya peperiksaan di sekolah, mereka akan terbawa bawa sewaktu peperiksaan PT3. Lebih - lebih lagi cikgu sekolah sendiri yang mengawasi. 

Alhamdulillah peperiksaan berjalan lancar...yg tak lancar adalah student. Ramai yg tewas tertido selepas 45 minit masa exam dari satu jam 30 minit yang diperuntukkan. Hmmm..well ni satu lagi budaya exam ! tertido time jawab exam walaupun exam penting.
 

Telegram Channel