22 August 2014

Cherasian berkabung MH17

Hari berkabung Malaysia
Moment of silence

Hari berkabung untuk warga Malaysia. Kira kira pukul 11.00 pagi semua rakyat Malaysia diminta bertafakur untuk mangsa MH 17. Hari yang sungguh beremosi dan semua siaran televisyen utama menyiarkan lintas langsung jenazah yang baru tiba di Malaysia. Sekolah juga membuat pengumuman pada pukul 11.00 pagi agar semua aktiviti dihentikan seminit dan masing masing bertafakur mengikut agama masing masing. Pihak sekolah juga mengadakan bacaan Yaasin oleh semua warga sekolah dan pada hari ini saya berpeluang bersama sama dengan pelajar sesi petang untuk membacakan Yaasin dan berdoa untuk mangsa tragedi.
 

Telegram Channel