9 September 2014

Al fatihah ..my ex PRS 2009

Al fatihah..
Alam Damai, Cheras,KL.

Mendapat khabar berita mengenai kematian bekas PRS kami akibat kesan dalaman selepas kemalangan memang sesuatu yang mengejutkan. Bekas pelajar tahun 2009 ting 5 memang rapat dengan kami kerana student projek membina media maklumat karnival kaunseling kerjaya tahun 2008. Dikenali sebagai syikin seorang yang ceria dan pandai mengambil hati. Dikebumikan selepas Zohor di tanah perkuburan Alam Damai. Saya dengan cikgu Rozi bergegas ke rumah arwah dengan harapan dapat menatap jenazah arwah sebelum dikebumikan. Tetapi kami terlewat dan sempat berbual dengan ibunya yang tabah dan melihat suaminya yang baru dinikahi. Selepas berbual dengan ibunya kami ke tanah perkuburan...al fatihah.


Gambar arwah berdiri di sebelah saya yang sedang sarat mengandung -2008.
 

Telegram Channel