9 September 2014

Kertas Kerja Kolaborasi Permata SMKC dan SMAWP.

When there is a will
There is a way


Kertas kerja yang disiapkan hari ini untuk dihantar ke SMAWP


KERTAS KERJA

PROGRAM KOLABORASI PERMATA SMK CHERAS - SMAWP



1.0           PENGENALAN



          Projek Kolaborasi Permata merupakan projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Agama Wilayah Persekutuan KL bagi melonjakkan kecemerlangan dalam SPM. Projek ini melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SMAWP.  Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SMAWP dan teknik yang digunakan oleh pelajar SMAWP yang terkenal dengan kecemerlangan akademik mereka.  Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang dan seterusnya dapat membantu meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.



2.0     OBJEKTIF

1)    Agar pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan sebaya

2)    Agar pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang sesuai

3)    Agar pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran





3.0     TARIKH

       6  hingga 10 Oktober 2014



4.0     SASARAN

          10 orang pelajar SMK Cheras



5.0     AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi               : Pn Kamariah Bt Abu

Naib Pengerusi        : En Jamil Bin Abdul Samad

Penyelaras              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat

AJK Perhubungan  : En Che Mohamad Padali B Che Mat

AJK Dokumentasi  : Pn Rozinani Awang

AJK Kebajikan         : Pn Raudah Bt Ab. Rahman

                               



6.0     AKTIVITI PROGRAM



Pelajar akan dibahagikan kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar akan tinggal di asrama selama seminggu dan merasai suasana
kehidupan tinggal di asrama.Pelajar perlu mengikuti aktiviti bersama pelajar di asrama
dan mengikut peraturan sekolah SMAWP.  Pelajar juga akan bergaul dengan pelajar di
dalam kelas yang  ditempatkan dan belajar bersama-sama pelajar di dalam kelasnya.
Pelajar akan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelasnya.




7.0     ANGGARAN KEWANGAN



Sumber Kewangan

Yuran pelajar                                 =     RM 20 x 10 orang             =RM   200

PCG Kaunseling =                                                                       = RM   350

Jumlah                                                                                           RM    550



Perbelanjaan

Yuran makan/penginapan = RM 11 x 10 orang x 5 hari                 =RM 550









8.0     PENUTUP

          Diharapkan agar projek ini mencapai objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke tahun tahun seterusnya.



Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,





( Nurhaiza Bt Che Mat)                                             



 

Telegram Channel