17 October 2014

Projek kahwin sempena lawatan warga Jepun

Nostalgia
Baju kahwin 2001

Lawatan warga Jepun dari Toyota Higashi High School Jepun untuk kali ke 10 tahun ni. Sewaktu mesyuarat tetiba permintaan untuk mewujudkan pelamin pengantin Melayu untuk ditunjukkan kepada warga Jepun mengenai kebudayaan majlis perkahwinan orang Melayu. PRS terpilih untuk projek ini dan saya perlu menyiapkan bahan pengantin manakala Cikgu Azmira perlu menyiapkan pelamin.
Bagi meminimumkan kos, saya menggunakan baju pengantin sendiri ..yang masih elok dalam simpanan maklumlah hasil rekaan kakak saya sendiri dan diberikan terus kepada saya. Nostalgia bila student sendiri menggayakannya. Selendang dipinjam dari mak Cikgu Azmira dan set menepung tawar yg merupakan bahan yg sangat antik dari ibu pengantin sendiri. Warga Jepun diajar menepung tawar dan bunga rampai ditaburkan. Tapi cikgu cikgu dan para pelajar turut excited dan mengambil peluang bergambar sakan dengan pasangan PRS yg sporting. 

 

Telegram Channel