12 December 2014

Travel to Cappadocia: Hot Air Balloon-Pigeon Valley-Kaymakli Underground City- Yasar Baba Restaurant + Turkish Night


Manisnya Cinta Di Cappadocia :)

Bangun seawal 3 pagi dan keluar 5.30 pagi untuk menaiki hot ballons dengan Royal Ballons di Nevsehir, tapak bersejarah di Cappadocia. Kami bersarapan terlebih dahulu di sebuah restoran dan wahhh ada poster Fazura buat movie Manisnya Cinta di Cappadocia..hmm cerita tentang apa yer tak tengok sinopsis pun lagi. Dari restoran, kami menaiki sebuah coaster ke kawasan belon panas. Sebelum itu kami kena sign kontrak perjanjian dulu.  Kami menaiki belon panas selama hampir 45 minit dan menikmati pemandangan yg menakjubkan gunung ganang yg cantik dengan pemandangan matahari terbit. Terdapat berpuluh puluh belon yg kelihatan naik bersama kami. Bayaran sebanyak 220 usd diperlukan untuk menaiki belon ini. Dan satu belon boleh memuatkan maksimum 20 orang dengan seorang pilot. Dalam bakul belon itu ada 4 compartmen dan kami perlu mengagihkan diri secara seimbang dengan 5 orang ahli pada setiap compartmen. Di tengah - tengah khas untuk pilot sahaja. Pengalaman menaiki belon..dan alhamdulillah saya tidak gayat kerana sejak kecil saya ada pengalaman gayat yg sgt teruk hinggakan naik merry go round saya boleh rasa nak pengsan kerana ketakutan. Hinggalah di usia 20an ke 30an ini kerisauan gayat semakin lama semakin dapat diatasi :) Cappadocia mempunyai bentuk muka bumi yang menarik hasil dari letusan gunung berapi. Terletak di tengah wilayah Turki antara Aksaray di sebelah barat, Kayseri di sebelah timur dan Nidge di sebelah selatan. Pelawat mengenalinya sebagai Nevsehir Turki. Ketinggian 1000 meter dari paras laut dan dataran tinggi yang terdiri dari bekas gunung berapi memang menakjubkan. Pilot yang mengendalikan belon panas ini memang nampak profesional dari proses mengembangkan belon hingga menerbangkan belon ini semakin tinggi dan tinggi ke udara. Apabila belon ini perlu mendarat sahaja, kami perlu duduk dan berpegang kepada tali di dalam bakul belon panas tersebut. Crew agen belon panas akan datang menghampiri belon kami untuk memastikan belon itu mendarat dengan selamat. Yang menariknya, kami diberikan pingat kerana berjaya terbang. Diraikan dengan jus minuman dan kami sempat bergambar sekali lagi dan membeli gambar yg ditangkap oleh jurufoto syarikat tersebut dengan bayaran 10 lira bagi sekeping gambar.



Team Royal Ballons




Kami balik ke Dinler Hotel dan check out kembali pukul 9 pagi . Kami singgah sebentar di Pigeon Valley iaitu pemandangan bukit bukau yang menempatkan beratus ratus rumah burung merpati. Terdapat juga gereja yang dibina di dalam gua yang masih digunakan. Berhenti sekejap untuk mengambil gambar dan di sana pelbagai cenderamata yang diukir dengan batu sangat unik. Harganya berpatutan dari serendah 2TL sahaja. Di sini merpati menjadi barang berharga sebagai sumber makanan dan baja untuk pertanian di pinggir lembah ini.



Pigeon Valley
Simbol Eye Of Medusa yang terkenal di Turki yang dianggap good luck
                             
Seterusnya perjalanan memakan masa 30 minit ke kilang tenunan permaidani yang diuruskan oleh kerajaan Turki dan para pekerja mendapat gaji dari kerajaan untuk menjaga keaslian tenunan Turki. Tempat ini juga merupakan tempat mengusahakan carpet dengan melatih pekerja mahir wanita sahaja untuk menghasilkan carpet. Dipercayai menurut tradisi tempatan, setiap wanita Turki perlu pandai  menenun carpet sebagai hantaran perkahwinan untuk lelaki. Disini kami dibawa melihat penenun menenun kain sebelum dibawa ke tempat penghasilan benang dan akhir sekali pameran pelbagai jenis permaidani. Permaidani turki antara yg berkualiti didunia kerana ditenun menggunakan dua kali simpulan. Kami ditunjukkan demo seawal pemprosesan ulat - ulat sutera untuk permaidani hinggalah kepada jenis - jenis permaidani. Permaidani yang dibeli akan dihantar melalui kargo terus ke rumah pembeli tanpa membayar kos pengangkutan. Menariknya permaidani Turki ini apabila diubah ubah kedudukan warnanya juga turut berubah. 






Destinasi seterusnya ialah Kaymakli Underground City. Kaymakli terletak di bawah Bukit Citadel, meliputi 8 tingkat bawah tanah dengan lorong masuk yang sempit dan bilik untuk tidur, dapur, bilik simpanan dan juga menempatkan kuda para askar pada zaman dulu. Dibuka pada tahun 1964 untuk pengunjung. Didaftarkan di bawah Warisan Dunia pada 1985.  Ruang - ruang di tingkat satu hingga di tingkat empat bawah tanah hampir sama sahaja yang dihubungkan melalui lorong yang sempit. Tangga - tangga yang menuruni dari tingkat ke tingkat juga agak sempit dan berhati - hati. Pergerakan mengikut arah anak panah agar tidak tersesat.  Tempat ini masih mengekalkan seni bina purba dan terpelihara. Walaubagaimanapun saya tidak masuk ke kawasan ini dan menunggu di luar. Perjalanan hari ini benar benar membuatkan kepala saya berdenyut dan apabila mendengar di dalam underground city ada lorong lorong sempit dan lampu yg tidak berapa terang dan ada lorong yg perlu berjalan itik, saya risau jika saya akan menyusahkan orang lain jika saya pitam. Maka gambar - gambar di bawah ialah ihsan kawan - kawan yang masuk sementara saya duduk di luar bazar - bazar yang menjual cenderamata mencuci mata.









Kira kira sejam kemudian kami meneruskan perjalanan untuk menikmati makan tengah hari di restoran yg sangat unik berupa gua. Uranos Sarikaya highly rekemen untuk pelancong. Menikmati makan tengah hari dalam suasana seperti di dalam gua diiringi persembahan muzik tempatan. Senibina restoran dalam gua ini memang sangat menarik dan unik. Kami dihidangkan roti dan bubur menu wajib di sini. Kemudian dihidangkan spagetti sebelum menu nasi dan ikan seperti ikan terubuk yg besar bersama tomato dan salad. Yeah saya juga mencuba kuih tempatan Turki yg sangat sangat manis rasanya iaitu Baklava. Disini kemudahan mesjid yang agak terurus untuk kemudahan umat Islam bersembahyang. Cuma wuduk perlu diambil di dalam tandas di tempat lain.







                         
Kemudian kami ke Gerome Open Museum yang merupakan gua -gua cantik dengan lukisan -lukisan di dalamya. Jika Kaymakli Underground City, gua - gua bawah tanah tetapi yang ini di bukit bukit. Kebanyakannya mengenai gereja dan penganut Kristian dahulu yang melukis di dinding - dinding gua yang masih terpelihara di sana. 











Destinasi seterusnya ke kilang seramik Kapadokya Seramik yang diusahakan secara turun temurun dan merupakan perniagaan keluarga. Seramik yang dihasilkan adalah bermutu tinggi. Mereka menunjukkan demo cara membuat pasu dari tanah liat, proses melukis dan mewarna. Seramik yang meriah dengan pelbagai warna yg menarik. 





Waktu malam kami ke Yasar Baba Restoran. Restoran ini merupakan restoran underground yg mempunyai persembahan Sufi diikuti tarian belly. Sewaktu persembahan Sufi, semua peserta diminta diam bagi menghormati persembahan berunsur agama ini dan penonton tidak dibenarkan mengambil gambar. Selepas tamat persembahan barulah kita boleh mengambil gambar. Kemudian persembahan diteruskan dengan tarian tempatan. Sepanjang persembahan, pelbagai jenis mkn ringan dihidang bersama air. Pakej yg dibayar untuk persembahan bersama makanan ringan. Persembahan oleh penari tempatan berinteraksi dengan penonton untuk terlibat sama menjayakan persembahan. Habis je persembahan pada pukul 10 mlm..keletihan di tahap max. . Selamat mlm...zzzzz











 

Telegram Channel