13 December 2014

Istanbul Tour: Topkapi Palace - Hagia Sofea - Blue Mosque- Grand Bazaar - Spice Market

Inderim..inderim..inderim
 Ahaks.. :)

Hari ini kami meronda Istanbul sahaja dan kami diingatkan bahawa perjalanan kami agak meletihkan kerana hari ini kami perlu banyak berjalan.

Destinasi pertama kami ialah Topkapi Palace. Palace yg sangat masyur dibina oleh pemerintah Sultan Mahmet 2 pada 1459 dan selesai 6 tahun kemudian. Topkapi Palace terletak di selat Bosphorus yang indah pemandangannya.  Turki merupakan negara besar yg dapat menakluki pelbagai jenis negara dan kuasa kuasa besar di zaman silam dan di sini merupakan pusat pemerintahan. Terdapat 3 jenis pintu masuk disini. Pintu masuk pertama dimasuki ke taman untuk kegunaan awam. Kemudian pintu masuk kedua untuk kegunaan special occasion dan berdekatan dengan dapur. Dipercayai setiap hari makanan perlu disediakan untuk pekerja hampir 3500 orang setiap hari. Pintu masuk ketiga tidak dapat dilalui kerana untuk kaum keluarga terdekat dan kawan rapat. Di Topkapi..banyak bilik pameran yg menempatkan harta peninggalan zaman Othmaniah yg sangat berharga dari segi harga dan sejarahnya. Kami dilarang mengambil sebarang gambar barang barang yg dipamerkan disini. Yang paling berkelip kelip mata kami memandang Spoonmaker's Diamond iaitu berlian ke 4 terbesar di dunia dengan 86 karat. Di sini juga terdapat pameran pedang Nabi Daud, bekas telapak kaki Nabi Muhammad SAW, tongkat Nabi Musa, kunci - kunci Kaabah dari sultan ke sultan.


                                   

Destinasi kedua berjalan kaki ke Hagia Sofea yg merupakan muzium sejak 1935. Dibina sebagai gereja Besar Kristian Ortodoks sewaktu awal pembinaannya pada 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Costantinople selama 1000 tahun. Ia diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1453 setelah ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Loceng, altar dibuang manakala lakaran di dinding ditampal. Tour guide memberikan penerangan kepada kami menggunakan earphone memandangkan disini terlampau ramai pengunjung. Mereka tidak memusnahkan gambar yg berkaitan dengan Kristian dalam Hagia Sofea kerana menghormati sejarah dan kesenian silam. Kerajaan Othmaniah hanya menutup dengan plastik sahaja. Unsur - unsur Islam diganti seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Selama 500 tahun ia menjadi masjid utama di Istanbul sebelum ditukar menjadi muzium. Oleh itu apabila Kamal Antartuk yg memerintah Turki yg dikenali sebagai bapa pemodenan Turki, beliau telah menukarkan fungsi masjid itu kepada muzium dan gambar bercirikan Kristian itu telah dibuka menyebabkan kita akan nampak ada ciri ciri Islam dan ciri ciri Kristian pada muzium ini. Senibina yg sangat hebat dan menakjubkan dengan marmar dan mozek emas dipenuhi dengan lukisan. Pembinaan bangunan ini menggunakan marmar asli dan kami dilarang menggunakan flash untuk mengambil gambar lukisan tersebut. Patutla mendapat jolokan antara bangunan tercantik di dunia kerana kami memang leka dengan keindahan senibinanya dan sejarahnya. Habis sahaja masa sejam tiga puluh minit di situ kami pun berkumpul di tempat yang dijanjikan.

Lukisan yang berusia beratus tahun masih cantik warnanya.
Senibina yang menakjubkan
Pemandangan dari tingkat atas Haya Sofea

Lukisan asal sewaktu gereja tetapi ditutup setelah dijadikan masjid dan kini dijadikan
muzium, plastik plastik yang menutup gambar ciri Kristian ini dibuka 

Simbol tulisan Allah dan Muhammad dibina 











Destinasi seterusnya ke restoran sementara menunggu waktu Blue Mosque dibuka untuk pengunjung. Ini kerana pada waktu umat Islam bersembahyang berjemaah, ia tidak dibuka untuk pelancong.

Kami menikmati makan tengah hari di sebuah restoran Cina Turki - Cheng. Di restoran ini menu masakan Cina Turki dihidangkan. Well, escape kejap tekak ni dari aroma masakan Turki.


Destinasi seterusnya, kami berjalan kaki ke Blue Mosque. Ia dibina oleh Sultan Ahmed 1 pada 1609 dan selesai pembinaan pada 1616. Ia mempunyai 6 menara kerana dikatakan arkitek tersalah faham kerana sultan meminta dibina menara yang diperbuat dari emas tetapi arkitek mendengar enam menara. Kerana emas bermaksud ' altin' dan enam 'alti' dalam bahasa Turki. Serupa kan..Ia mempunyai dua pintu masuk. Satu pintu masuk untuk umat Islam manakala satu lagi untuk pelancong yang bukan beragama Islam. Ia digelar masjid Biru kerana masjid ini dihiasi 20,000 marmar biru Kami bersolat di sini, dan tempat sembahyang bagi kaum wanita agak sempit berbanding keluasan masjid ini. Kami difahamkan yang penduduk di sini bagi kaum wanita memang bukan kebiasaan berjemaah di masjid. 








Kami bersambung perjalanan ke Grand Bazaar dengan berjalan kaki yg memakan masa 15 minit sahaja. Ini kerana perjalanan dengan bas boleh mencecah sejam kerana jalan yang sesak. Grand Bazaar menjual pelbagai jenis barangan Turki. Kami diberi masa hampir 2 jam disini.
Di sini, penjualnya sangat ramah dan tidak memaksa sesiapa pun untuk membeli barangan mereka. Jika kita membelek belek tetapi tidak membelinya, mereka tidak akan memarahi kita. Kita masih boleh tawar menawar harga. Berbeza dengan penjual jalanan, mereka akan cuba merapati, mengekori dan akan marah bila tidak jadi membeli jika kita sudah memegang barang jualan mereka. Grand Bazaar ini sangat luas dan mempunyai banyak pintu masuk. Kami diingatkan supaya mengingati pintu masuk mana untuk berkumpul. Yang menariknya pengurup wang di sini, tidak mempunyai komisen pertukaran mata wang maka kita boleh dapat tukaran wang yang lebih berbanding menukarkan duit di airport dengan komisen yang boleh tahan juga tingginya. 









Kemudian kami ke Spice Market. Dari Grand Bazaar ke Spice Market memang jalan raya sesak teruk hampir sejam sampai padahal hanya  yg lebih kurang sama hasil jualannya dengan Grand Bazaar cuma Spice Market lebih sempit lorongnya dan manusia lebih ramai disini bersesak sesak berbanding Grand Bazaar yang lebih selesa. Kami tiba di sini dalam keadaan sejuk dan cuaca sudah gelap gelita walau baru pukul 6 petang. Tetapi jualan di sini paling banyak turkish delight segala jenis manisan turki, segala jenis teh, barang cenderamata dan shawl. Kami diberi masa selama sejam setengah di sini. Rambang mata tengok manisan yang pelbagai jenis tu.Ada yang ditimbang dan ada yang di dalam kotak sahaja.
                                     

Kami ke Restoran yg berhampiran dengan fish market dan menikmati makanan laut yg menarik.
Balik ke hotel memang dah sangat sangat penat dan kaki pun sakit kerana asyik berjalan dan berjalan.
 

Telegram Channel