26 December 2014

Kertas Kerja Minggu Jati Diri Permata SMKC di SMAWP

Rainy day with
Jerry Maguire



KERTAS KERJA
MINGGU JATI DIRI 
PERMATA SMK CHERAS DI SMAWP 2015

1.0           PENGENALAN

          Projek Kolaborasi Permata merupakan projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Agama Wilayah Persekutuan KL bagi melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan 15 orang pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SMAWP.  Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SMAWP dan teknik yang digunakan oleh pelajar SMAWP yang terkenal dengan kecemerlangan akademik mereka.  Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui teknik belajar kendiri dan berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar lain di sekolah melalui pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.

2.0     OBJEKTIF
     1)  Agar pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan sebaya
     2) Agar pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang sesuai
3) Agar pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran


3.0     TARIKH
         9 - 13 Mac 2015

4.0     SASARAN
          15 orang pelajar SMK Cheras Ting 3, 4 dan 5

5.0     AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi               : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi        : En Jamil Bin Abdul Samad
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perhubungan  : En Che Mohamad Padali B Che Mat
AJK Dokumentasi  : Pn Rozinani Awang
AJK Kebajikan         : Pn Raudah Bt Ab. Rahman
                               

6.0     AKTIVITI PROGRAM

Pelajar akan dibahagikan kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar akan tinggal di asrama selama seminggu dan merasai suasana
kehidupan tinggal di asrama.Pelajar perlu mengikuti aktiviti bersama pelajar di asrama
dan mengikut peraturan sekolah SMAWP.  Pelajar juga akan bergaul dengan pelajar di
dalam kelas yang  ditempatkan dan belajar bersama-sama pelajar di dalam kelasnya.
Pelajar akan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelasnya.



7.0     ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan
Yuran pelajar                                 =     RM 40 x 15 orang             =RM   600
PCG Kaunseling                             =                                            =RM   525
Jumlah                                                                               

Perbelanjaan
Yuran makan/penginapan = RM 15 x 15 orang x 5 hari         =RM 1,125




8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar projek ini mencapai objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke tahun tahun seterusnya.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


( Nurhaiza Bt Che Mat)                                                        ( Kamariah Bt Abu)
Setiausaha                                                                          Pengetua       
 

Telegram Channel