12 February 2015

Anugerah Guru Bestari Yayasan Pendidikan Cheras

Al-fatihah
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Ditempatkan bersama orang soleh dan beriman


Hari ini di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur diadakan majlis makan malam sempena Sambutan Ulangtahun ke 15 Yayasan Pendidikan Cheras dan Anugerah Guru Bestari 2015. SMK Cheras terdiri dari 20 orang wakil untuk menghadiri majlis makan malam tersebut. Orait doorgift yang menarik iaitu kain sepasang, buku catatan, dan pelbagai lagi cenderamata dalam beg doorgift. 

Kali ini giliran rakan sekerja UBK pula yag dapat iaitu Cikgu Padali. Dua kali berturut anugerah ini dapat kepada guru kaunseling menunjukkan penghargaan pentadbir kepada kami. Terima kasih :)

Di majlis ini juga yang menariknya Perdana Menteri mengumumkan sumbangan RM 100,000 untuk pasukan muzik sape lele SMK Cheras untuk membuat persembahan di Turki pada bulan April nanti. Kegembiraan berganda buat pihak sekolah. Sewaktu ucapan Perdana Menteri pada pukul 9 lebih..kami bertafakur kerana berita kematian TGNA telah tersebar dengan rasminya di whats app. 








 

Telegram Channel