16 February 2015

Inventori Personaliti


Yeah...esok cuti sekolah bermula.
lalalalalalalalalalalalalalalalalalalala


Hari ini sewaktu relief kelas ting 4, saya mengedarkan inventori personaliti kepada pelajar berdasarkan modul Minda Sihat yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan. Simple je..respon dengan soalan untuk menentukan kita personaliti A atau B. Cuba tengok skrip soalan di bawah dan respon. Kemudian tambahkan semua skor dan tengok hasilnya.  Jika markah dapat lebih 48 menunjukkan personaliti cenderung ke A. Jika kurang 48 maka cenderung ke personaliti B


Oleh kerana semua pelajar ting 4 telah menjalani saringan DASS dan Gaya Daya Tindak, maka mudah untuk memberikan penerangan bersama pakej personaliti ini. Jika pelajar mendapat skor DASS teruk, maka pakej 3 ujian ini dapat memberikan gambaran yang lebih baik kepada pelajar mengenai stres mereka.

Personaliti A -
Cepat marah - risiko penyakit jantung koronari atau darah tinggi.
Bercita tinggi
sangat organize
Boleh jadi sensitif
Cakna dengan orang lain
Selalu cuba membantu orang lain
Kurang penyabar
Melakukan sesuatu melebihi keupayaan sendiri
Suka merangka dan melakukan sesuatu tugasan
Pengurusan masa baik
Bercakap cepat
Selalu tergesa - gesa
Gilakan kerja dan pencapaian yang tinggi
Mampu melakukan tugasan pada satu masa
Memaksa diri untuk mengikut tarikh tamat
Bencikan kelewatan dan pertentangan
Tidak suka membazir masa
Kurang sabar jika masa dihabiskan begitu sahaja
Melakukan dua tiga kerja dalam satu masa
Merancang aktiviti dengan ketat

Personaliti B-
Hidup dalam keadaan tiada tekanan
Mampu bekerja pada tahap yang sama
Sukakan pencapaian tetapi tidak tertekan jika tidak berjaya
Tidak kisah kalau kalah dalam pertandingan
Kreatif
Suka teroka idea dan konsep
Reflektif
Penyabar
jarang kutuk
Pendengar yang baik
Suka tersenyum
 

Telegram Channel