5 February 2015

PPSDM Operasi Lewat

Syafakillah...
Laa ba'sa thohuurun

Aktiviti PPSDM bagi bulan Februari ialah mengenalpasti pelajar yg lewat ke sekolah sepanjang Januari. Pelajar dikumpulkan dalam satu kumpulan yang telah menerima surat amaran 1 kerana lewat sebanyak lebih 3 kali dalam bulan Januari. Sekolah ini mengklasifikasikan pelajar lewat perhimpunan pada pukul 7.16 pagi tetapi pelajar tidak dikenakan tindakan disiplin cuma berbaris dalam satu barisan di hujung tapak perhimpunan agar tidak menggangu perjalanan perhimpunan setiap hari yang bermula 7.15 pagi dari hari Isnin hingga Khamis. Bagi hari Jumaat, perhimpunan lebih kepada aktiviti kerohanian yang melibatkan semua pelajar bermula pukul 7.30 pagi.  Lewat ke sekolah dikira dari pukul 7.31 dan pelajar akan dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin yang bertugas. pengawas juga mencatit nama pelajar yang lewat dan guru kaunseling akan menandatangani borang hijau pengurusan pelajar lewat untuk masuk ke kelas yang menunjukkan kepada guru mata pelajaran bahawa nama pelajar lewat telah direkodkan. Namun demikian jika pelajar tidak membawa borang kehadiran lewat yang berwarna hijau masuk ke kelas, guru sedar bahawa pelajar ini mengelak dari namanya dicatat dalam buku disiplin kehadiran lewat.

Pelajar yg lain iaitu kategori lewat hari ini tetapi belum menerima surat amaran 1 mula dikumpulkan dalam tiga kumpulan pula. Aktiviti menjawab soal selidik untuk mengetahui dan mengenal pasti punca datang lewat ke sekolah dan sesi  kelompok.

Saya hanya mengambil gambar dan menjadi pemerhati memandangkan batuk yg bertambah teruk hingga tak mampu bercakap sangat atau saya akan batuk hingga termuntah..dugaan kesihatan minggu ini 




 

Telegram Channel