18 February 2015

Register kelas 2013/2014

Menikmati indah pemandangan 
Mercun cantik bergemerlapan
Kemeriahan dalam kegelapan
Tumpang keseronokan jiran
Esokkan .. CNY diraikan

Saya ke sekolah hari ini mengerjakan buku register tahun 2013 dan 2014 untuk melihat pola data ketidakhadiran pelajar setiap bulan bagi setiap kelas tingkatan 4 dan tingkatan 5 tahun tersebut. Memandangkan isu ponteng sekolah dan data kehadiran sekolah yang rendah tahun lepas, KPI sekolah untuk memastikan 95% kehadiran pelajar memang lelah untuk dikejar memandangkan peratus kehadiran ke sekolah tahun lepas nak mencecah 88% pun sukar.

Oleh itu strategi saya untuk tahun ini bagi guru kaunseling membantu pihak disiplin sekolah dengan membuat kajian pola kehadiran pelajar dan mengatur strategi pendekatan ZOOM yang saya laksanakan iaitu Zoom kelas, Zoom pelajar dan konsultasi ibu bapa. Masih Februari untuk mengatur dan menjalankan strategi agar berkesan untuk dijadikan kajian tindakan saya pada tahun ini. Saya akan fokus pada kelas tingkatan 5 tahun ini dan melihat pola ketidakhadiran mereka seawal ting 4 tahun lepas agar memudahkan zoom kelas yang perlu diberikan perhatian dan zoom pelajar yang ponteng. Ini kerana pola ketidakhadiran pelajar ting 5 tahun lepas agak teruk dengan kehadiran ada yang mencecah bawah 80% dalam data bulanan. Orait saya akan masukkan analisa data tersebut dalam entri blog selepas ini di bawah tajuk Zoom Kelas: Data kehadiran pelajar 2013/2014


 

Telegram Channel