9 February 2015

Saringan Minda Sihat Dan Obesiti 2015

Ya Allah,
Tidak ada sesuatu yang mudah,
Kecuali Yang Engkau Mudahkan,
Dan EngkaulahYang Menjadikan,
Segala Sesuatu Yang Sulit,
Menjadi Mudah Yang Engkau Kehendaki.

Saringan Minda Sihat yang meliputi ujian DASS sila klik UJIAN DASS untuk download ujian DASS dan
sila klik UJIAN GAYA DAYA TINDAK 2015 merupakan program tahunan bagi pelajar Tingkatan 4. Selaku setiausaha program Minda Sihat kesemua takwim dan aktiviti program Minda Sihat di bawah tanggungjawab saya. Hari ini kami menjalankan saringan dengan dua sesi iaitu pada pukul 8.10 hingga 9.50 pagi untuk kelas 4S1, 4S2, 4K1, 4K2, 4V1 manakala bagi sesi kedua pula ialah 10.50 pagi  - 12.30 tengah hari di dewan. 

Pelajar dibimbing menjalankan ujian DASS dan ujian Gaya Daya Tindak. Kemudian diambil bacaan tinggi dan berat masing-masing untuk aktiviti mengukur obesiti. Bagi guru kaunseling pelajar yang mendapat saringan teruk dan sangat teruk akan terus diambil untuk intervensi dan sesi kaunseling. Manakala staf Klinik Kesihatan Cheras pula ingin menjalankan intervensi kepada pelajar serendah tahap ringan. Hanya yang normal sahaja tidak perlu menjalani intervensi. 

Pada tahun ini, projek obesiti digabungkan dengan projek Minda Sihat. Ini bermakna pelajar yang mendapat serendah tahap ringan ujian DASS dan mendapat obesiti akan menjalani intervensi selama 3 kali seminggu selama 6 bulan. Tidak menggangu masa PdP.

Orait habis je program...masa untuk menganalisa data dan mengejar pelajar yang tidak mengambil ujian DASS.




 

Telegram Channel