27 March 2015

Talian Kasih: Lawatan Ke Rumah Pelajar

Aktiviti lawatan ke rumah pelajar. Guru kelas menerima surat dari ibu pelajar mengesahkan anaknya akan berhenti sekolah kerana kehendak sendiri. Pelajar ini memang sering tidak hadir sekolah dan guru kelas sukar menghubungi telefon ibu bapa kerana nombor pejabat bapa yg bertugas tidak dapat dikesan kerana bapa telah berhenti kerja. Pelajar juga tidak memberikan kerjasama untuk menghubungi ibu bapa di talian yg dapat digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa. Setelah mendapat surat amaran kedua kerana selalu tidak hadir ke sekolah dan mendapat surat berhenti sekolah dari ibu bapa, hari ni baru berkesempatan untuk saya cuba menjejak mengikut alamat pelajar. Bertemankan guru praktikal kaunseling berbangsa Cina agar memudahkan komunikasi antara ibu dan guru. Pelajar ini tinggal dikawasan PPR Pudu Ulu. 

Kami disambut baik oleh ibu pelajar dan mengesahkan mengenai surat tersebut memang dari si ibu untuk memaklumkan kepada pihak sekolah yg anaknya akan berhenti sekolah. Si ibu menyatakan anaknya sudah bekerja dengan gaji RM 1200 dah cukup lumayan. Anak memang tidak suka bersekolah dan memang lebih suka bekerja malah anaknya sendiri berkeras kepada si ibu jika memaksanya ke sekolah dia akan memberontak lagi teruk dan malah membawa diri. Si ibu tidak betah untuk memaksa anak lagi kerana faktor penarik persekitaran anak di luar lebih kuat untuk terus bekerja berbanding ke sekolah walaupun masih berada di ting 3. Si ibu mengatakan sebagai seorang ibu dia lebih mengetahui apa yg terbaik buat anaknya pada ketika ini. Ibu mengucapkan terima kasih kerana kunjungan kami dan saya memintanya menandatangani secara formal surat berhenti sekolah untuk pihak sekolah menyediakan sijil berhenti sekolah. 

Sebagai seorang guru, di pihak kami akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan panduan kepada ibu bapa menangani masalah anak dan akan membantu sedaya mungkin jika ibu bapa juga inginkan anaknya bersekolah dengan menyalurkan ke tempat - tempat yang sesuai jika pelajar tidak berminat dengan pengajian berbentuk akademik. Namun demikian kuasa menyekolahkan anak di tangan ibu bapa, jika mereka juga nekad untuk anak berhenti sekolah maka kami memberikan panduan apakah prosedur yang perlu dilalui jika pelajar berminat bersekolah semula atau pelajar ingin menduduki peperiksaan sebagai calon persendirian.


The struggle you're in today
Is developing the strenght
You need for tomorrow



 

Telegram Channel