6 April 2015

Perasmian Minggu HAL EHWAL MURID & Anugerah Kehadiran Ke Sekolah

Minggu Hal Ehwal Murid HEM dijalankan minggu ini. Selaku penyelaras Minggu HEM jadual saya sangat padat minggu ini ditambah aktiviti UBK untuk kurikulum dan zon Pudu. Perasmian Minggu HEM disempurnakan oleh ASP Ezanee selaku pegawai perhubungan sekolah. Ceramah pemantapan disiplin disampaikan di tapak perhimpunan. Gimik pelancaran memotong belon sempena merasmikan program dan setelah itu penyampaian anugerah sijil galakan hadir ke sekolah iaitu Zoom disampaikan kepada wakil kelas dan mentor mentor kelas yg terlibat iaitu kelas yg mendapat kedatangan melebihi 95% dalam bulan Mac memperolehi sijil Emas dan kelas yg mendapat lonjakan 9 peratus hingga 22 peratus kehadiran ke sekolah mendapat sijil lonjakan. Mentor mentor kelas juga mendapat sijil setiap orang sebagai penghargaan atas galakan menggalakkan pelajar kelas mereka hadir ke sekolah.
Kelas yg memperolehi Zoom Emas ialah 3A, 3G, 4S1, 4K1, 5S1, 5S2 , 5S3 dan 1C bagi sesi pagi. Manakala Zoom Lonjakan pula ialah 3J, 3L, 3M, 3S, 4K5,4K6, 5K4, 5K5. Tahniah!

Rushing here and there
Barisan ketua kelas bersama sijil kelas
Penyampaian cenderamata
Ceramah Pemantapan Disiplin
Gimik pelancaran
Anugerah Emas kelas 3A
Anugerah Zoom Emas kelas 3G
Anugerah Zoom Emas kelas 1C
Anugerah Zoom Emas kelas 5S3 dan 5S2
Anugerah Zoom Emas 5K1 dan 5S1
Anugerah Zoom Lonjakan 5K5 dan 5K2
Anugerah Zoom Lonjakan 4K6 dan 5K1
Anugerah Zoom Lonjakan
Anugerah Zoom Lonjakan 3S dan 3M
Anugerah Emas 5S1
Anugerah untuk pelajar petang
Anugerah Zoom Lonjakan
Anugerah Zoom Lonjakan
 

Telegram Channel