6 April 2015

Perkongsian Pintar Permata SPM ke SM Agama WPKL

Tamat sahaja majlis perasmian HEM, saya membawa pelajar permata SPM ke SM Agama WPKL pula. Seramai 15 orang pelajar terlibat dan 3 orang sahaja dari aliran akaun manakala yg lain dari aliran sains. Berbeza dengan pelajar PT3 yg lepas, kali ini pelajar mendapat dorm asrama yg tidak bercampur dengan pelajar SMAWPKL kerana tiada pelajar sekolah ini yg mengikuti program luar. Hanya mereka sahaja di aras 6 dan pada hari ini pelajar dari Indonesia juga akan datang menyertai SMAWPKL manakala hari Rabu pelajar dari Labuan pula. Memang bertuah mereka datang minggu ini. 
Kelas juga hanya ada 3 kelas. 6 org pelajar dalam setiap kelas sains menyebabkan pelajar SMAWPKL perlu berpindah ke kelas sementara yg lebih besar agar lebih selesa. Kedatangan kali kedua dan layanan yg sangat baik diterima oleh pihak pentadbiran di sini. Saya berharap mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat di sini dan dapat mengaplikasikan teknik belajar dan cara belajar untuk disesuaikan dengan sekolah di SMK Cheras.

Appreciate the people 
That walk into your life















 

Telegram Channel