24 May 2015

Kertas Kerja Bengkel Terapi Seni Untuk Guru Kaunseling

Di sini saya kongsikan kertas kerja untuk mengadakan program bengkel terapi seni. Personalia telah dikenalpasti cuma saya sedang mencari tajaan untuk menampung yuran dan kos mengadakan bengkel ini. Semoga dipermudahkan . 


KERTAS KERJA 
BENGKEL TERAPI SENI
GURU-GURU KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH
WILAYAH PUDU, KUALA LUMPUR


1.0     PENDAHULUAN

Terapi Seni merupakan satu teknik yang digunakan dalam perkhidmatan kaunseling, psikoterapi, kerja sosial, kejururawatan dan perubatan psikiatri untuk membantu mereka yang meluahkan pergolakan dalam diri yang membebankan. Ini kerana ketidakupayaan meluahkan permasalahan dalam diri pesakit atau mangsa yang datang kerana terlalu berat, rumit dan kompleks untuk dilafazkan secara lisan apatah lagi untuk dikongsi dengan orang lain. Bagi memahami pergolakan dalam diri yang menjadi beban psikologikal yang sukar dirungkai dengan pendekatan konvensional maka teknik terapi seni adalah salah satu alternatif teknik kaunseling yang boleh digunakan. Teknik Terapi Seni pada asasnya ialah kaedah untuk mengingati kembali pengalaman hidup dalam membantu memahami pelajar dengan lebih baik. Terapi Seni ini mula mendapat tempat di Malaysia selepas peristiwa tsunami untuk memahami pergolakan dan trauma yang berlaku kepada mangsa dengan lebih baik. Menggunakan terapi seni memerlukan pakar profesional seperti Dr. Jamaida Bt Jamaluddin yang telah menghasilkan modul terapi seni mewarna. Melalui perkongsian dan bimbingan dari pakar terapi seni, maka dapat dijadikan panduan untuk mengaplikasikan terapi seni dengan cara yang betul dan beretika.

2.0     OBJEKTIF
1) Agar guru kaunseling mendapat input mengenai terapi seni untuk digunakan  
    dalam teknik membantu

2) Agar guru kaunseling dapat meningkatkan profesionalisme mereka dengan
    mempelbagaikan teknik sewaktu sesi kaunseling dijalankan.

3) Agar guru kaunseling yang terlibat dengan projek Smart Support Team
  Wilayah Pudu dapat mengaplikasikan teknik ini sewaktu post bencana untuk 
  mengenal pasti dan menangani psikologi mangsa yang stres atau trauma.


3.0     TARIKH
           24 Jun 2015

4.0     TEMPAT
          Kolej YPC - IT Web

5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi : Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu
          Setiausaha: En Rohaidatul Akmal bin Rosedi
                              Pegawai Bimbingan Dan Kaunseling PPWBP
          Penyelaras: Puan Nurhaiza Bt Che Mat ( SMK Cheras)
          Pendaftaran: Puan Wan Normala Bt Ali @Wan Ali(SMK Seri Permaisuri)
          AJK Sijil        : Puan Nor Aidawati Bt Mohammad(SMK Orkid Desa )
          AJK Makanan: Puan Kang Kooi Li (SMK Cochrane)
          AJK Persiapan Tempat: Encik Amri Faizal Bin Mamat ( SMK Datok Lokman)
           AJK Multimedia          :   Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat (SMK 
                                                     Cheras)                  
          AJK Peralatan             : Puan Rosmaria Bt Daud (SMK (P) Pudu)
          AJK Pengacara Majlis : Puan Siti Rohana Bt Nordin  (SMK Seri Tasik)
          AJK Cenderamata      : Puan Norhuda Bt Abdul Aziz  (SMK Seri Bintang Selatan)
          AJK Modul                 :  Puan Siti Salwa Bt Mohd Arshad (SMK Alam Damai)
         
6.0     TENTATIF PROGRAM
          7.30 pagi :    Pendaftaran
          8.00 pagi :    Pengenalan
          9.00 pagi :    “Body Mapping”
          11.00 pagi:    Mandala
           12.30 t/hari : Love Tracking
          1.45 t/hari:    Rehat/Solat/Makan tengah hari
          2.30 petang: Lukisan bertema
          3.30 petang: Secret Garden
          4.30 petang: Bersurai

7.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Sumber Kewangan
          Tajaan atau Yuran PIBG sekolah           =        RM 1,800
         
          Perbelanjaan
          Yuran peserta : RM 60 x 30 orang         =        RM 1,800

8.0     PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan baik dan mendapat input yang berguna kepada semua guru kaunseling dari jurulatih profesional yang sangat mahir dalam mengendalikan bengkel terapi seni ini. Melalui kursus yang diberikan, diharapkan agar para peserta dapat mempraktikkan terapi seni ini dengan lebih baik.

Majlis Baby Fira :)



 

Telegram Channel