23 May 2015

Kertas Kerja Lawatan Ke Institut Latihan Perindustrian

Saya nak kongsikan di sini draf kertas kerja untuk program bersama Yayasan Pendidikan Cheras.Tiga sekolah yang terlibat merupakan sekolah menengah harian biasa yang merupakan sekolah angkat bagi YPC. So pakej dua dalam satu, saya merangka program untuk sekolah dan dalam masa yang sama untuk program Pendidikan YPC menggunakan kemudahan pembiayaan tajaan Yayasan Pendidikan Cheras yang sangat aktif dalam membiayai program pendidikan di Pudu. 



1.0     PENDAHULUAN
Institut Latihan Perindustrian merupakan institusi yang menawarkan kursus kepada golongan lepasan sekolah dalam bidang kemahiran dan vokasional yang menawarkan kursus peringkat sijil teknologi. Pemohon perlu lulus SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu sahaja untuk kursus sijil teknologi binaan berasaskan kayu / paip dan sanitari/ pemasangan paip minyak dan gas/automotif. Manakala sijil teknologi CADD Mekanikal dan sijil teknologi Elektronik Industri memerlukan kelulusan SPM dengan subjek Bahasa Melayu, Matematik/Matematik tambahan dan Subjek Sains. Memandangkan SMK Cheras, SMK Perempuan Pudu dan SMK Convent Jalan Peel merupakan sekolah harian biasa yang saban tahun mempunyai pelajar – pelajar yang mempunyai kelulusan yang minimum dan tidak dapat menyambung pengajian ke universiti mahu pun kolej dalam bidang bukan kemahiran, maka Institut Latihan Perindustrian merupakan alternatif bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran selepas SPM. Berfokuskan dengan kemahiran bagi pelajar yang tidak berminat dengan kursus berbentuk teoritikal dan ilmiah dalam bidang akademik.

2.0     OBJEKTIF
1) Agar dapat mengetahui  mengenai kursus yang ditawarkan oleh
     Institut Latihan Perindustrian
2) Agar dapat memberi peluang kepada pelajar meneroka peluang-peluang yang
    ada  selepas SPM dengan kelayakan akademik yang diperlukan.
3) Agar dapat melihat dengan lebih dekat kemudahan yang terdapat di ILP

3.0     TARIKH
          29 Julai 2015

4.0     SASARAN
120 pelajar dari SMK Cheras, SMK Perempuan Pudu dan SMK Convent Jalan Peel

5.0     AHLI JAWATANKUASA
           Pengerusi :  Datuk Syed Ali Alhabshee
                                (Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras)
          Naib Pengerusi : Tuan Haji Jamaluddin Bin Abdullah
                                 (Pengerusi Biro Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras)
          Setiausaha   : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                   (AJK Biro Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras)
          AJK Pengangkutan: Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat (SMK Cheras)
          AJK Fotografi & Dokumentasi   : Puan Rosmaria dan Pn Nor Azalaila
            (SMK Perempuan Pudu)
          AJK Penilaian : Puan Hasni Haryati Bt  Hashim (SMK Convent Jalan Peel)
          AJK Cenderamata  : Puan Wan Norana Bt  Wan Mat (SMK Convent Jalan Peel)

6.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Sumber Kewangan:
          Yayasan Pendidikan Cheras                            =        RM 1,390

          Perbelanjaan :
          Pengangkutan: RM 430 x 3 bas                       =        RM 1, 290
          Cenderamata          :                                           =        RM     100

                   
7.0     PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjalan lancar dengan kerjasama dari Yayasan Pendidikan Cheras dan 3 buah sekolah angkat di Zon Pudu. Semoga program ini mencapai objektif yang diharapkan.

Happy birthday Rozinani
My dear collague cum bff 
May Allah ease your journey
Today and everyday



            
 

Telegram Channel