31 May 2015

Tahniah ! Sapelele SMK Cheras

Hari ini Mingguan Malaysia menyiarkan siaran mengenai sapelele sekolah yang melangkah setapak lagi ke arena antarabangsa. Satu pencapaian yg dibanggakan oleh semua warga sekolah kerana hasil tajaan yg diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Majlis Ulang Tahun ke 10 Yayasan Pendidikan Cheras di Berjaya Hotel pada awal tahun berjumlah RM 100000, tajaan Yayasan Pendidikan Cheras dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berjaya merealisasikan pasukan sapelele sekolah untuk menyertai pertandingan dan persembahan di Turki pada bulan April lalu. Pasukan sekolah berjaya mendapat tempat di hati juri dengan mendapat Anugerah Persembahan Muzik Terbaik di Festival Kesenian Antarabangsa di Sakarya, Turki. Tahniah dan pujian kepada pencetus idea pasukan sapelele ini iaitu Cikgu Umi Salbiah seorang guru muzik yang sangat komited dan dibantu oleh Cikgu Norlaili Ani.

Sapelele ini adalah alat muzik tradisional yang merupakan gabungan ukelele dan sape dari Sarawak. Ia dicipta oleh Jaffrey Yong begitu unik, mudah dikendalikan dan menghasilkan irama yang sedap didengar. 
Pasukan sekolah sering muncul dalam rancangan televisyen dan membuat persembahan biasa dan korporat di luar. Semoga pasukan sapelele terus cemerlang mengharumkan nama sekolah dan kepada diri murid sendiri dapat melatih disiplin yang tinggi dalam mencapai akademik dan kecemerlangan kokurikulum.

Mydin USJ with bff
For our new project :)


Aiman..penyanyi muzik sapelele
Pasukan SMK Cheras dan SMK Aminuddin Baki
Sesi fotografi di sekolah
 

Telegram Channel