24 August 2015

Taklimat Pembugaran Juara

Pagi ini hujan lebat dan saya hanya singgah sebentar ke sekolah untuk berjumpa PK HEM mengenai perkembangan terbaru viral kes video rasukan di sekolah. Kemudian speed up ke Kolej Yayasan Pendidikan Cheras untuk menghadiri taklimat pembugaran Juara di mana dalam entri blog saya sebelum ini saya selalu sebut mengenai permata. Maklumlah saya dah biasa memanggil program permata dan sudah memulakan program ini  sejak hampir 7 tahun dan apabila pengarah baru meminta semua sekolah mengadakan projek Juara yang ala-ala program Permata ini dengan guru kaunseling selaku penyelaras, saya sudah bersedia cuma taklimat ini penting bagi saya untuk memahami bagaimana program ini yang diadakan di Selangor dengan nama Champion diamalkan kerana pengarah JPWPKL yang baru ini berasal dari JPN Selangor. 

Orait step by step:
1)10% peningkatan cemerlang A daripada 3 tahun terbaik
2) Memilih murid yang berpotensi dan membahagikannya kepada kumpulan kecil dengan ideal 5 orang satu kumpulan
3) Setiap kumpulan melantik ketua kumpulan yang boleh bertindak sebagai guru muda dan menyelaras jadual pembelajaran kumpulan tersebut
4) Mengadakan majlis perjumpaan khas dengan kumpulan sasaran
5) Perlaksanaan pembelajaran berkumpulan
6) Menyediakan bahan rujukan secara percuma kepada group study Juara
7) Fasilitator membantu murid menyelesaikan masalah pembelajaran iaitu guru mata pelajaran
8) Kad skor

Perkara penting di atas kerana yang ini tidak diimplemen secara sistematik kepada sasaran Permata saya sebelum ini dan sekurang-kurangnya saya boleh laksanakan dengan lebih tersusun.

An entire sea of water can't sink a ship
Unless it gets inside the ship
Similarly, the negativity of the world
Can't put you down
Unless you allow it 
To get inside you !
-Goi Nasu-

 

Telegram Channel