6 September 2015

Ahad yg suram ..Al fatihah

Mendapat mesej pagi ini dari Cikgu Hasbi kawan sekerja satu sekolah yang mengejutkan mengenai anak sulungnya yang meninggal dunia pagi ini kerana kemalangan jalan raya mengejutkan warga guru . Pagi ini kami saling update status semasa ke semasa mengenai arwah anaknya. Post mortem dijalankan di Hospital Kajang membolehkan saya menziarahi keluarga ini dan memaklumkan mengenai progress di situ kepada warga guru yang lain. Memandangkan arwah akan dikebumikan di Sabak Bernam, maka ramai guru yg menunggu untuk solat jenazah selepas zuhur ini di rumahnya di Kajang.  Semoga arwah anaknya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman...

Salam takziah
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
 

Telegram Channel