3 September 2015

Isu Kaunseling September 2015


Mesyuarat terakhir untuk tahun ini bagi Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu 2015. Mendapat tajaan untuk tempat mesyuarat dan makanan dari Berjaya Hotel. Antara perkara -perkara yang dibincangkan mengenai amanat dari Puan Mahani selaku penyelia kaunseling JPWPKL seperti entri blog saya bertajuk Isu Kaunseling Ogos 2015. Selain dari itu kami update bilangan guru kaunseling baru di PPW seramai 12 orang. Wahh memang ramai junior baru.

Antara perkara dibincangkan
1) GBK menunggu surat siaran dari Lembaga Peperiksaan untuk tindakan seterusnya sebelum muat turun IKP Tingkatan 3
2) Pegawai KPM akan melawat dan khidmat bantu sekolah-sekolah di WPKL pada 7-9 September berfokus pada kaunseling.
3) Perancangan strategik UBK termasuk perancangan taktikal dan operasi.
4) Aktiviti Mesyuarat Agong Guru Kaunseling Zon Pudu 2015
5) Majlis Makan Akhir Tahun di Agrotech pada 1 Oktober 2015. Bayaran sebanyak RM40 dan majlis di sertai juga oleh ahli yang bersara pada tahun ini, ahli yang naik pangkat dan ahli yang berpindah ke luar.
6) T-Shirt yang ditaja kepada setiap guru kaunseling perlu dibayar bagi penambahan tangan panjang atau baju muslimah
7) Semua sijil perlu disiapkan sebelum Mesyuarat Agong.
8) Buku panduan UBK perlu diguna sepenuhnya sama ada dalam bentuk SKT, Rancangan Tahunan dan Kaunseling Berfokus.
9) Post Mortem Program Di Sabah


Yang ni info selepas mesyuarat yang dikongsi dalam group whatsapp group GBK Pudu:
9) Rumusan Dan Penilaian Perkhidmatan Disiplin Terbaik Peringkat Kebangsaan oleh Prof Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah
  a) Fokus/Zooming
  b) Ketulenan - Cetusan idea: punca masalah dan isu semasa
  c) Kreativiti - Boleh diukur, visible
  d) Objektif - Unit, ukur, alat ukur empirikal - ada bukti boleh ditunjukkan
  e) Keberhasilan: perubahan tingkah laku, sikap
  f) Impak - jangka panjang dan jangka pendek
  g) Reliability aplikasi

10) Rumusan Dan Penilaian Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Peringkat Kebangsaan oleh Prof Madya Sidek Mohd Noh
  a) Pretest dan post test - penyelidikan perlu betul. Mesti ada sample yang diberi treatment dan kumpulan kawalan untuk perbandingan menggunakan borang yang sama.
  b) Masalah - tiada asas teori yang kukuh boleh disanggah
                    - instrumensi untuk kumpul data. Tools untuk tengok peningkatan atau penurunan
                    - analisis impak


Pulun pertandingan
Semoga dipermudahkan

Terima kasih sponsor kami
Taklimat Kolej Berjaya

 

Telegram Channel