1 October 2015

Majlis Penghargaan Dan Jamuan Akhir Tahun JK GBK Pudu 2015



Terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri
Hari yang mendung dan kami ke Agrotek Hulu Langat, Selangor pada pukul 11.00 pagi untuk Majlis Penghargaan AJK GBK Pudu sesi 2014/2015 mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada muka baru memimpin organisasi ini dengan lebih cemerlang. Selain majlis penghargaan, kami juga mengadakan majlis persaraan kepada Cik Eliza dan Puan Helena yang bersara tahun ini, majlis penyampaian sijil penyertaan sijil kajian tindakan , penyampaian sijil dan cenderamata untuk AJK sesi 2014/ 2015, penyampaian sumbangan untuk yang sakit dan diwad sama ada untuk GBK, pasangan dan anak. Serta yang terakhir sesi pertukaran cenderamata antara yang hadir di samping cabutan bertuah.

Dua tahun telah berlalu dengan cepatnya..., saya mengucapkan
  •  Terima kasih kepada En Rohaidatul Akmal yang sentiasa memberikan sokongan untuk kami menjalankan pelbagai projek. 
  • Terima kasih kepada semua AJK yang membantu saya dalam pengurusan JK GBK Pudu sesi 2014/2015. Mendapat Naib Pengerusi yang proaktif dan AJK yang komited membolehkan saya bekerja dengan baik dan tidak tertekan. Menguruskan sebuah organisasi di PPW dengan kekuatan 72 orang guru kaunseling dari 27 buah sekolah menengah memerlukan AJK yang komited.
  • Terima kasih kepada semua AJK GBK Pudu 2016 / 2017 yang sudi menerima tanggungjawab baru dengan ikhlas untuk meneruskan kecemerlangan JK GBK Pudu 
  • Terima kasih kepada yang diraikan kerana meluangkan masa untuk menghadiri majlis jamuan persaraan iaitu Cik Eliza dan Puan Helena. Kehadiran mereka benar-benar menunjukkan yang mereka masih lagi ahli keluarga PPW Pudu yang sanggup meluangkan masa untuk 'keluarga'.
  • Terima kasih kepada semua ahli JK GBK Pudu yang memberikan kerjasama kepada saya sepanjang 2 tahun ini. Semoga dikurniakan rahmat oleh Allah SWT
  • Saya memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung hati mana - mana pihak  atau tersakitkan hati sepanjang dua tahun pentadbiran saya di sini. Saya gembira bekerja dengan anda semua...GBK Pudu 2014/2015 untuk tempoh 2 tahun ini.

Yuhuuuu October
The best month of the year
Always be my favourite month
Perhaps forever..

Pengerusi JK Guru Bimbingan Dan Kaunseling PPW Pudu 2014/2015
Pn Kang Kooi Li : Naib Pengerusi Sesi 2014/2015

Pn Wan Normala : Naib Setiausaha Sesi 2014/2015
Pn Nor Faezah : Bendahari Sesi 2014/2015
Pn Rosmaria : Naib Bendahari 2014/2015
Pn Siti Rohana : Ketua Subzon B
Pn Siti Salwa : Ketua Subzon A
Pn Norhuda : Ketua Subzon C
Terima kasih En Rohaidatul Akmal Bin Rosedi
Penyelia UBK PPW Bangsar Pudu

Tahniah Kak Huda dan team AJK 2016/2017

Selamat bersara Pn Helena
Selamat bersara Cik Eliza
Anugerah khas : Puan Rosmaria Daud selaku guru penyayang
Anugerah Khas: AJK PROAKTIF Puan Kang Kooi Li
Anugerah Khas: Ahli Aktif
Jom main tukar hadiah
Aktiviti bertukar cenderamata
Sijil penyertaan kajian tindakan
Sijil penyertaan kajian tindakan
Sijil penyertaan kajian tindakan
 

Telegram Channel