Hari ini peperiksaan PT3
akan bermula. Sepatutnya saya menghadiri seminar Lembaga Kaunselor pada hari
ini tetapi memandangkan ada perkara yang lebih penting yang menyebabkan saya
terpaksa membatalkan niat saya ke seminar tersebut. Jumaat lepas sewaktu kami
mengadakan salam doa restu PT3 dan menyusun kerusi meja untuk peperiksaan besar
itu, seorang klien saya menghampiri saya sambil menggeletar dan menangis
bersungguh-sungguh hingga saya terpaksa menenangkannya. Dia terlalu takut untuk
menghadapi peperiksaan PT3 seperti mana dia takut sewaktu menjawab soalan
percubaan PT3.
Pernahkah anda mendengar serangan
panic atau panic attack?
Ketika klien menghadapi
panic attack biasanya dia akan merasa takut sekali, ini menyebabkan kepanikan
bertambah. Panic attack mendatangkan trauma mendalam bagi penderita. Penderita
menjadi takut untuk cemas, kerana jika dia cemas panic attack akan menyerang
lagi. Rasa takut membuat penderita semakin fokus dengan rasa cemasnya, sehingga
muncul persepsi negatif tentang dirinya dan masalah yang dihadapi. Ini
membuatkan perasaan cemas akan meningkat. Fikirannya dikuasai oleh perasaan
negatifnya. Ia biasa berlaku apabila tahap kebimbangan klien lebih tinggi dari
biasa seperti tekanan peperiksaan. Klien saya seorang murid yang agak lemah
dalam penguasaan akademik. Walau banyak mana dia meluangkan masa untuk membaca,
kesukaran menjawab soalan untuk mendapatkan markah yang sederhana juga adalah susah. Murid ini sering
diperlekehkan dengan keputusan peperiksaannya oleh saudara mara. Murid ini
sangat malu dengan kawan-kawan kerana kesukaran dia mengingat sesuatu topik padahal
baru sahaja dibincangkan. Oleh kerana itu, murid tidak suka dengan peperiksaan
besar seperti UPSR dan PT3.
Murid ini mula menjadi klien saya sejak pertengahan tahun. Sewaktu relief kelas, saya menjalankan aktiviti bimbingan, kebetulan murid ini duduk dihadapan sekali dan dia bertanya tentang pelbagai soalan yang berkaitan dengan persiapan peperiksaan dengan riak muka yang sangat cemas dan suara bergetar. Setelah selesai aktiviti bimbingan, saya meminta murid ini berjumpa dengan saya di bilik kaunseling bila -bila masa sahaja jika dia tidak keberatan. Sejak itulah dia mula menjadi klien saya. Murid ini mempunyai ciri serangan panik yang sangat jelas.
Ciri –ciri fizikal untuk
serangan panik seperti berikut kerap menyerangnya iaitu denyut jantung yang cepat, sakit dada, gangguan perut,
pening, mual atau nak pengsan, sesak nafas, nafas menjadi cepat dan pendek,
kaki lemas menggeletar, perut tidak enak, rasa takut berlebihan, keluar
keringat dingin, wajah kemerahan atau menggigil, terbayang sesuatu yang menakutkan,
Yang paling penting murid ini suka MEMBAYANGKAN sesuatu yang buruk akan
terjadi dan kerap menangis.
Setiap kali sesi kaunseling
dijalankan, dan dia mula bercakap dengan tergagap atau tersekat,
1)saya terpaksa menenangkannya
terlebih dahulu.
2) Fikiran yang negatif akan
menghasilkan emosi yang negatif dan emosi negatif yang berlebihan akan
menghasilkan penyakit.
3) Teknik ubah FOKUS dan
mengalihkan perhatian daripada perkara yang boleh menambah serangan panik itu.
4) Tarik nafas dalam 3
hingga 5 minit. Teknik relaksasi seperti dalam modul Minda Sihat.
5) Apabila murid sudah tenang,
buat latihan memprogramkan kata –kata yang positif beserta dengan tingkah laku
seperti menggenggam tangan. Oleh itu setiap kali terasa serangan panik
menyerang, genggam tangan. Jika murid Islam bolehlah baca ayat suci Al Quran
terlebih dahulu sebelum kaunselor mengajar kata-kata positif yang signifikan
untuk klien itu sahaja.
Apabila klien rasa cukup
tenang, anda minta klien anda bercakap pada diri “aku boleh menjawab peperiksaan esok dengan
tenang, apa yang aku baca aku boleh menjawabnya dan membayangkan klien sedang
menjawab peperiksaan. Dengan usaha dan doa akan berjaya
Fokuskan kepada perasaan
yang menyenangkan.
PENTING BAGI MURID MENANGANI PANIC ATTACK PEPERIKSAAN..AGAR TIDAK BLANK KETIKA MENJAWAB SOALAN DAN DAPAT MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK DENGAN MINDA YANG TENANG.
KECELARUAN
PANIK
Serangan panik adalah normal
tetapi jika ia teruk kita panggil kecelaruan panik atau panic disorder iaitu
penyakit mental yang memerlukan rawatan. Ubat antidepressant perlu diambil
dalam jangka masa lama. Jika terlalu teruk hingga kemurungan, ia perlu juga
diberi. Individu yang mula mengalami serangan panic mula menjauhi tempat yang
mereka tidak disenangi dan ada sesetengah kes di mana tidak boleh berinteraksi,
sekali gus tersisih daripada aktiviti sosial. Penyakit panic melampau tidak
berakhir di situ kerana gejala kemurungan
dan tekanan jiwa. Cara rawatan tidak hanya bergantung kepada ubatan
serta terapi tetapi melibatkan kekuatan pesakit untuk melawan imiginasi panik tersebut.
4 tahun lepas saya
berhadapan dengan klien yang mengalami serangan panic ini walaupun dia adalah
pelajar yang disasarkan cemerlang PMR. Ciri –ciri fizikal serangan panik yang
menyeksakan dan ditambah dengan gangguan tidur menyebabkan murid ini merasa
seperti hendak mati. Dari sesi kaunseling menunjukkan murid ini menjadi harapan
sewaktu di UPSR dan sangat yakin untuk mendapat straight A bagi UPSR. Malangnya
dia tidak mendapat straight A malah mendapat 2B untuk 2 mata pelajaran. Sejak itu,
konsep kendirinya merundum dan merasa sangat malu. Sewaktu di tingkatan 3,
semua harapan guru dan kawan-kawan yang suka memujinya mengatakan dia akan
mendapat 8A menakutkannya. Sewaktu sesi berbincang pelajaran, murid tidak dapat
berinteraksi dengan baik dengan kawan-kawannya. Setiap kali ujian bulanan,
murid rasa sangat terseksa. Namun intervensi dengan ibu terpaksa dijalankan
apabila murid berulang kali memberi respon ingin mati dan depress dan setiap
kali sesi kaunseling dan menghubungi saya dengan mesej telefon keadaan emosinya
sangat teruk. Ini kerana selepas UPSR, serangan paniknya berulang-ulang setiap
kali peperiksaan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan tidak dirawat. Murid
ini hanya kebetulan menjadi klien saya sewaktu di tingkatan 3 sesi pagi dimana
saya adalah penyelaras program Permata iaitu program untuk murid cemerlang yang saya sasarkan dalam kaunseling berfokus cemerlang. Dan bonding terjalin
sejak itu yang menyebabkan murid ini berkongsi masalah dengan saya. Ini kerana
dia tidak berkongsi masalah yang dipendamnya kepada sesiapa dan di kelas dia
adalah murid yang normal seperti murid lain. Hasil intervensi dengan ibunya,
ibunya juga risau sebab di rumah anaknya telah menjadi sangat depress dengan
bersendirian dan berkurung dalam bilik dan kerap menangis. Saya menasihati si
ibu membawa anak berjumpa dengan doktor psikiatri untuk bantuan manakala dengan
saya adalah sesi kaunseling berkala. Si ibu mengaku pencapaian akademik adalah
satu perkara yang sangat ditakuti oleh anaknya walaupun ibu tidak menekan
pencapaian akademik yang cemerlang. Hasil bantuan pakar psikologi dan ubat, dan
sesi kaunseling berkala jumlah ubat yang diperlukan olehnya semakin berkurang.
Akhirnya murid ini boleh menjawab peperiksaan percubaan dan peperiksaan PMR
dengan cemerlang. Sejak itu dia tidak pernah lagi mengalami panic attack
sewaktu peperiksaan di tingkatan 4. Malah sewaktu klien ini berada di tingkatan
5 saya sentiasa memantaunya dengan sesi kaunseling berkala dan melatihnya
dengan setting minda yang lebih praktikal dan mengalami perasaan yang
menyenangkan. Kerana panic attack berkaitan dengan situasi yang berlaku. Cipta
situasi yang menyenangkan untuk menghindarkan agar berperasaan emosi negatif
dan akhirnya bertingkah laku negatif yang menyusahkan diri sendiri.
I accept all the great things about me
I'm going to stop being my own critic
No matter how you are feeling
You will have something to smile about :)