Hari ini saya kongsikan teks ucapan saya sempena pembukaan awal sekolah yang akan saya sampaikan di tapak perhimpunan esok
Salam semua
Selamat kembali ke sekolah 2016 J
Tahun baru dan azam yang baru. Nilai murni yang ingin
cikgu tekankan bulan ini ialah Disiplin Didahulukan Pencapaian Diutamakan
selaras dengan tema nilai murni pada bulan Januari 2016.
Sebagai murid anda semua perlu membina azam baru pada
tahun 2016 sempena menaiki satu tingkatan lagi Bagaimana azam pada tahun lepas?
Sudah tertunaikah atau tidak mencapainya. Binalah azam yang berorientasikan
pencapaian seperti
· Berazam
memperolehi pencapaian anda sama ada
pencapaian akademik,
‘Saya mesti memperolehi 9A dalam peperiksaan Pt3.”
“Saya mesti lulus semua subjek pada
peperiksaan tahun ini’
Pencapaian yang anda boleh capai yang
lebih baik dari tahun lepas.
· Berazam
memperolehi pencapaian kokurikulum yang lebih baik seperti
“ Saya akan hadir setiap perjumpaan
kokurikulum”
“Saya akan mencapai gred B dalam kokurikulum”
· Berazam mempunyai pencapaian sahsiah yang baik.
“ Saya akan menunaikan solat 5 waktu”
“Saya tidak akan ponteng sekolah lagi”
“Saya tidak akan melawan kata-kata ibu
bapa”
Dalam berazam untuk mengutamakan
pencapaian yang ingin dicapai, perkara-perkara berikut perlulah diamalkan iaitu
disiplin diri yang tinggi.
1) Patuh kepada
perintah Tuhan. Tidak ada agama yang mengajar umatnya berbuat jahat.
Mendekatkan diri dengan Tuhanmu akan mengisi kerohanian dan jiwa yang kosong
dengan ketenangan
2) Penjagaan
masa. Masa tidak menunggu kita dan masa juga tidak memburu kita. Semua orang
diperuntukkan masa yang sama bagaimana anda memperuntukkan masa berfaedah lebih panjang dari masa yang tidak
berfaedah akan menentukan pencapaian anda meningkat atau merundum sama ada dari
aspek akademik, kokurikulum malah sahsiah diri.
3) Mempunyai
hubungan yang baik dan menghormati ibu bapa, guru –guru dan orang lain kerana
ia berupaya menghindarkan stress dan
kemurungan dalam hidup anda. Hidup akan lebih sihat dari aspek fizikal dan
mental dan produktiviti kerja akan lebih baik.
4) Bersikap
asertif. Berani bercakap tidak kepada
ajakan yang tidak penting. Kurangkan menjaga hati orang lain untuk perkara yang anda sendiri tidak mahu
lakukan. Malah pandai memilih kawan yang menarik kita melakukan perkara yang
berfaedah dan jika kita juga adalah sahabat yang sejati tariklah kawan kita
juga melakukan perkara berfaedah.
Akhir kata dari cikgu,binalah azam yang boleh mendorong
anda untuk maju dan cemerlang dalam aspek sahsiah. Disiplin dan kokurikulum
dengan menjaga disiplin diri.
Selamat kembali ke sekolah
Cikgu Nurhaiza bt Che Mat
Good night kids
Welcome back to school