18 July 2016

Pemantauan nazir ke UBK Tawaran Baharu Pengetua

Seawal 6.30 pagi saya tiba di sekolah, saya sudah nampak kereta yang tidak biasa saya nampak di kawasan pagar sekolah ini. Sudah terdetik...mungkin kereta nazir. Sebaik sahaja saya punch in, kereta itu sudah parking betul betul di sebelah kereta saya. Orait sah nazir pemantauan pengetua sudah tiba. Pengalaman pertama bagi warga sekolah kerana mendapat pencalonan tawaran baru pengetua.

Seramai 4 orang nazir yang menjalankan pemantauan hari ini. Seorang nazir ditugaskan untuk memantau fail HEM dan unit kaunseling.  Kunjungan nazir pemantauan bilik khas dan perkhidmatan kaunseling oleh nazir utk tawaran baru pengetua ditemani PK HEM kami Puan Chong. Ketua pasukan nazir dan nazir pula sempat menggunakan daftar e pelawat kami untuk mendaftarkan kehadiran pelawat ke bilik kaunseling. Semoga jika ada rezeki...diharapkan pemantauan yg positif dan memihak kepada pihak sekolah untuk mendapat tawaran baharu pengetua itu. Yang penting kami pasukan kaunselor sekolah sudah menjalankan yang terbaik untuk memperolehi skor dan band 6 skpm bagi meningkatkan markah sekolah.






Done!
I really need long hours sleep toninght :)


 

Telegram Channel