4 August 2016

Juara Permata Kelas Perakaunan Ke INTI Kolej




hari ini saya membawa murid program Juara Permata dari kelas perakaunan ke INTI Kolej KL untuk mengetahui lebih dekat kursus yang ditawarkan oleh fakulti ini. Ini kerana secara amnya semua fakulti yang berkaitan dengan perakaunan dan pengurusan adalah sama atau lebih kurang di kolej swasta atau awam. Matlamat utama saya untuk murid cemerlang ini dapat mengenal pasti perbezaan utama antara kursus pengurusan, kursus perakaunan, kursus pemasaran, kursus kewangan dengan skop yang lebih terperinci. Sudah tentu personalia yang pakar dalam bidang ini yang dapat memberikan penerangan yang lebih baik mengenai laluan selepas SPM, kursus tertentu yang dipohon dan perbezaan kursus yang akan dilalui jika memilih kursus tertentu. 

Terima kasih kepada Stephenie kerana berjaya mencelikkan murid saya. dengan taklimat dari Mr Goh selaku Timlbalan Pengerusi fakulti ini, maka sesi soal jawab berlangsung dengan santai dan membantu pemahaman yang lebih baik dengan teori, kursus dan lain -lain.

Stephenie juga bermain simulasi permainan pemasaran dan pengurusan kewangan melalui kumpulan pemasaran dan jualan. Dengan lawatan dan aktiviti selama 3 jam 30 minit, murid saya sekuarng -kurang mengetahui pelbagai cabang dari kursus perakaunan yang mereka ambil sekarang dan bukanlah hanya sekadar murid perakaunan untuk kursus perakaunan dan pengurusan kewangan sahaja. Terima kasih INTI kolej kerana sudi menaja pengangkutan dan jamuan makan.

Happy Birthday Fatih 
From Chik Aiza with love :)











 

Telegram Channel