31 August 2016

Salam Merdeka Dari Cherasian


Merdeka ! Merdeka! Merdeka! Nostalgia tahun 1992 apabila saya berpeluang membuat persembahan sewaktu di tingkatan 4 Sains 2 untuk Hari Merdeka. Cuma yang membezakannya dengan anak murid saya tahun ini ialah saya membuat persembahan di sebelah malam di dataran Merdeka dengan memakai baju warna merah. Sebulan berlalu selepas Hari Merdeka pun...kami masih belum boleh move on lagi huhuhuhu bercakap pasal Merdeka je dan motivasi untuk belajar selepas sebulan tak berapa nak belajar ni susah betul nak up..up..up ;)

Well saya rasa anak murid saya juga akan mengalami perasaan dan emosi yang sama. Dah sebulan tak masuk kelas memang mood belajar tu kena bagi suntikan motivasi semula apabila masuk sekolah nanti. Tahniah kepada anda semua murid kelas 4 Alpha dan 4 Beta yang memberikan kerjasama yang baik kepada pihak sekolah dan pihak urusetia untuk menjayakan persembahan hari Merdeka ini yang dipanggil KGKKL iaitu Kumpulan Gerak Kreatif Kuala Lumpur yang membuat persembahan di atas teres semasa Hari Merdeka. Terima kasih kerana menjaga disiplin diri dan mengharumkan nama sekolah. Kenangan manis yang anda akan kenang seumur hidup anda. Percayalah ..


































Sehati Sejiwa
Momentum dihati

 

Telegram Channel