5 September 2016

Majlis Pelantikan & Penghargaan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan AJK Koperasi 2016




Pagi yang ceria dan cerah meraikan pelantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan AJK Koperasi Sekolah dengan format yang baru kerana pada tahun ini kami menggabungkan majlis pelantikan dan penghargaan tiga badan utama sekolah ini secara serentak. Pada tahun tahun sebelum ini majlis perlantikan pengawas sekolah diasingkan dengan majlis pelantikan pengawas pusat sumber dan koperasi sekolah tetapi digabungkan majlis untuk murid sesi pagi dan petang. Ini bermakna pengawas sesi petang akan menerima pelantikan di sebelah sesi pagi bersama pengawas senior untuk majlis penghargaan sewaktu majlis pelantikan dan penghargaan pengawas sesi pagi. Tetapi tahun ini 3 badan penting ini digabungkan tetapi dijalankan secara berasingan antara murid sesi pagi dan sesi petang. Percubaan menarik untuk format kali pertama untuk dijadikan kayu ukur penambahbaikan pada tahun hadapan.

Ini kerana dengan 3 setiausaha badan yang berbeza, maka pelbagai isu perlu diambil kira untuk berjalan lancar. Saya selaku Ketua AJK Hadiah Dan Cenderamata pada majlis ini dan menyebabkan saya tidak dapat ke sana ke mari untuk mengambil gambar. Hanya gambar yang ada ni sahaja dalam telefon saya yang sempat diambil. Maklumlah memang ada jurufoto tetapi untuk mendapatkan kembali gambar yang bukan dari sumber milik kita memang memakan masa...

Tahniah saya ucapakan kepada Ain Zafira ketua pengawas sekolah sesi 2016/2017 yang baru. Sudah lama kami tidak mempunyai ketua pengawas dari kalangan murid perempuan! Ain berjaya membuktikan dia layak dengan kepimpinan , pretasi akademik dan kokurikulumnya, malahan sahsiahnya juga untuk mendapat tempat selaku ketua pengawas.
Exco Pengawas pada tahun ini dibarisi oleh ahli Pembimbing Rakan Sebaya dari timbalan putera, timbalan puteri, setiausaha, bendahari adalah ahli PRS. Diharapkan corak kepimpinan mereka mempunyai daya kepimpinan yang lebih dihormati bukan digeruni mahupun diperlekehkan, dicontohi sebagai idola bukannya dikeji. 

Tahniah juga kepada barisan pengerusi pengawas pusat sumber yang juga ahli PRS bersama barisan Exconya yang majoriti PRS juga. Huhuhu bolehla plan buat program 3 in 1 tahun hadapan :) 


Congrats Farietz















 

Telegram Channel