20 October 2016

Batik Fun Walk 2016



Batik Fun Walk a short escape to MATIC pada 16 Oktober lepas. Nak mendekati umur 40an ni maka kena curi curi masa riadah dengan walk atau fun run 5 km sahaja yang boleh dilayankan pun hahahaha. Aktiviti yang menarik untuk join setiap tahun kerna anda perlu memakai apa sahaja batik  mengikut kreativiti anda. Rupanya batik fun walk ini sudah hampir 10 tahun dijalankan tetapi saya hanya cuma baru tau tahun ini dijalankan. . Dengan bayaran serendah RM20 sahaja maka anda boleh mendaftar melalui online atau walk in. Doorgift berbentuk light breakfast seperti air mineral, dan roti serta satu batik sarung diberikan secara percuma. Tak jauh pun memang berjalan jalan sahaja sepanjang 5 km sambil berbual dengan my bestdriend Zuridah. Hampir setiap checkpoint kami sibuk bergambar :)

Jalan raya yang lengang sempena bebas kenderaan pada hari Ahad memudahkan kami mengambil gambar dan berjalan atas jalan raya yang merupakan jalan raya yang paling sibuk di bandaraya Kuala Lumpur ini. Tamat sahaja fun walk, ada nasi lemak pula yang diedarkan secara percuma bersama Milo. Terima kasih penaja nasi lemak Saleha. Beratur panjang menunggu nasi lemak tu rasanya lagi lama dari saya berjalan kaki 5 km dari tempat bermula hingga tempat terakhir hasiyyyy..

Okey ada cabutan bertuah yang mana saya tidak bertuah :(
 Pukul 11.00 pagi kami bersurai dan see you next time Ida with next event .


I miss our conversations
I miss how we used to talk























 

Telegram Channel