5 October 2016

Bengkel Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling Zon Pudu


hari ini merupakan bengkel pengurusan perkhidmatan kaunseling yang dianjurkan oleh sub zon b iaitu sekolah yang terletak dalam kumpulan sub zon b pudu. Saya mengendalikan sepenuhnya bengkel ini dari cara membuat perancangan strategik , perancangan taktikal dan perancangan operasi. Sempat juga saya membimbing bagaimana rancangan tahunan 2017 disediakan berdasarkan kepada perancangan strategik tersebut. Tidak lupa juga bagaimana melengkapkan borang keberhasilan untuk akhir tahun dan sasaran kerja tahunan bagi tahun 2016.

walaupun ada format yang berbeza antara sekolah mengenai format sebenar perancangan strategik, yang penting item item dalam perancangan strategik yang lebih difokuskan dan terpulanglah kepada guru kaunseling untuk mengikut format mana yang boss masing - masing inginkan. 

Terima kasih kepada UniKL iproom yang menaja sepenuhnya perbelanjaan makan minum, doorgift dan tempat menjalankan bengkel yang sangat kondusif. Saya berharap agar pengisian pada hari ini dapat memanfaatkan lebih ramai guru kaunseling yang tahu menulis perancangan strategik dan bukan di copy paste semata -mata dari blog saya tanpa pengetahuan bagaimana KPI dan objektif ditulis. Perlu mengikut kesesuaian sekolah dan TOV sekolah. Mendapat feed back yang agak baik dengan kebanyakan guru kaunseling mengaku bahawa mereka memang copy paste perancangan strategik atau rancangan tahunan saya di blog asalkan ada untuk difailkan, namun hari ini baru mereka faham bagaimana ingin menulis untuk disesuaikan dengan persekitaran dan permasalahan sekolah dan bagaimana TOV dan KPI ditulis untuk kita trace penambahbaikan , kelebihan dan kekurangan.

Tell Me And I Forget
Teach Me And I Remember
Involve Me And I Learn
- Benjamin Franklin-
















 

Telegram Channel