22 October 2016

Majlis Graduasi 2016: Tahniah berjaya menamatkan tingkatan 5



Hari yang mendung dan gerimis hujan di pagi hari tetapi akhirnya cuaca bertambah baik bagi meraikan Majlis Graduasi SMK Cheras 2016 di mana kami menjalankan program ini di dewan sekolah.
Program berjalan lancar dan keseronokan terpancar pada setiap murid hari ini. Macam macam gelagat mereka dan dalam hati saya berkata wah...dah sama bergaya macam cikgu cikgunya malahan lebih glamer lagi penampilan mereka! 
Program hari ni disempurnakan oleh my big big boss iaitu Cik Rosnah Bt Abdullah Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling JPWPKL. Sudah semestinya ia memori yg signifikan untuk diingati lebih lebih lagi apabila nama saya disebut dalam skrip perasmian VIP dalam membantu masalah kesihatan mental murid terutama dalam persiapan menghadapi SPM dan dalam kehidupan seharian.

Cepat masa berlalu hampir 5 tahun di sini akhirnya tiba masa untuk meninggalkan alam persekolahan selepas SPM nanti. Countdown hanya tinggal 16 hari sahaja lagi! kepada muka muka anak - anak kesayangan saya ahli PRS yang bersama sejak dari tingkatan 1 lagi dengan Unit Bimbingan Dan Kaunseling sudah semestinya hati tersentuh melihat penampilan mereka dengan masing - masing yang bergaya dan bersedia untuk melangkah keluar dari sekolah sebulan lebih sahaja lagi berbanding mereka di tingkatan 1 dahulu yang naif setiap kali perjumpaan dijalankan. Sedar tak sedar dah 5 tahun berlalu. Cikgu berharap anda semua tidak melupakan guru -guru kaunseling anda di sini dan jenguklah kami jika ada masa dan ringankan tulang membantu kami jika ada kelapangan. 

Kepada klien -klien saya yang aktif menjalankan perkhidmatan sesi kaunseling bersama saya, saya berdoa dan berharap survival mereka tinggi apabila mereka melangkah keluar dari alam persekolahan. Jika di sekolah, saya ada untuk membantu dan mendengar masalah mereka, begitu juga jika mereka menghadapi kesulitan dan guru kelas mereka sendiri yang akan segera menghubungi saya jika terdapat masalah emosi di dalam kelas. Saya berharap murid ini sudah bersedia berjuang dengan dunia luar yang lebih mencabar pancarobanya dan pintu bilik kaunseling masih lagi bersedia jika ada masalah yang ingin dikongsikan walaupun anda bukan lagi murid SMK Cheras. Bagi klien hardcore saya yang lepas lepas, kami masih lagi berhubung dan menjalankan bimbingan jika mereka masih lagi mencari saya sebagai sumber rujukan. 

Kepada murid butterfly saya huhu orite butterfly ini kategori murid yang mempunyai banyak salah laku kerana ponteng sekolah dan kelas. Terus terang saya katakan saya seronok melihat mereka akhirnya menerima sijil graduasi kerana tamat tingkatan lima walaupun ada di antara mereka yang sudah menerima surat amaran ke tiga malahan ada yang sudah dibuang sekolah tetapi setelah membuat rayuan bersekolah semula, mereka hadir dengan kerap terutama menjelang SPM tidak lama lagi. Sekurang-kurangnya mereka tidak berhenti terus dan membuat hal sendiri seperti bekerja despatch atau melepak sahaja di rumah. Bersungguh -sungguh mereka meminta saya mengambil gambar mereka sebagai bukti bahawa mereka akhirnya tamat tingkatan lima. walau letih layan karenah murid murid butterfly ini dalam setahun ini dan memang adakalanya saya jadi minah leter bila terserempak dengan mereka sedang nak memonteng hingga mereka menggelar saya mummy huhuhu tak taulah penghargaan dipanggil mummy sebab menjaga sangat adab diaorang ni atau sindiran kerana mummy macam minah leter ...part tu hanya mereka sahaja yang tau :)

Kepada semua murid tingkatan 5 SMK Cheras yang bergraduasi hari ini, tahniah kerana berjaya menamatkan persekolahan tingkatan 5. Bagaimana anda berjuang menghabiskan persekolahan dalam 5 tahun ini, cikgu ingin anda berjuang untuk menghabiskan pengajian anda selepas ini sama ada anda mengambil sijil kemahiran, diploma atau ijazah...semuanya memerlukan perjuangan. Perjuangan yang paling hebat datangnya dari melawan diri anda sendiri untuk meneruskan kehidupan di saat anda berkata tidak mampu , tidak sanggup dan sebagainya. Semoga anda semua menjadi insan hebat yang menggembirakan hati kedua orang tuamu dan bersedialah dengan dunia di luar sana dengan bekalan ilmu untuk dunia dan akhirat.

Live The Life You've Imagined Positively
May confident ease your journey

















Tahniah Usaid

Tahniah PRS Nurin

Tahniah PRS Neyli

Tahniah PRS Nazreen 


Tahniah PRS Amin MIrza

Tahniah PRS Haiqal

Tahniah PRS  Tuan Helmi dan PRS Usaid

Tahniah Nayli dan Nurin kepimpinan PRS

Tahniah Amir, Syed, Nazreen dan Aiman

Tahniah PRS Haiqal

Tahniah PRS Fazirul

Tahniah PRS Syazliana


Persembahan murid










Selaku mentor kelas 5 alkhawarizmi
Pengerusi dan setiausaha PRS





Tahniah peningkatan sahsiah program  SUIT
 

Telegram Channel