8 November 2016

Team Building Program Selepas PT3 Kelolaan PRS





Masuk minggu ketiga selepas peperiksaan PT3 yang mana kehadiran menjunam. Maka kenalah buat aktiviti outdoor lari lari, jalan jalan,  asalkan keluar dari kepompong ceramah di dewan. Aktiviti telah diwar warkan kepada murid murid ini terlebih dahulu pada minggu lepas lagi. Maka kehadiran meningkat hingga 120 kehadiran murid ting 3 hari ini..jadilah 80 peratus yang hadir.


Saya memberikan projek team building ini khas untuk murid PRS tingkatan 3 yang rajin datang ke sekolah dan boleh mengendalikan program sekolah dengan baik. Last sekali, mereka come out dengan idea kreatif dan kreativiti untuk membentuk 9 stesen yang mana setiap stesen mempunyai tugasan berkumpulan yang tertentu. Contohnya spider web di mana ahli kumpulan membantu ahli mereka melalui spider web dengan mata tertutup untuk melepasi rintangan spider web sampai ke tempat dituju. Jika berjaya boleh diteruskan ke stesen yang berikutnya dan jika gagal, akan didenda. 

program dimulakan dengan aktiviti warm up dengan senamrobik. Setelah selesai senam robik, setiap kumpulan yang dibentuk diberikan barang amanah. Mereka perlu bergerak dalam kumpulan mengikut stesen yang telah ditetapkan dan menyiapkan tugasan yang diberi. Pelbagai gelagat lucu murid murid ini bergerak ke sana ke mari menjalankan aktiviti di stesen. Yang penting, mereka seronok . Setiap kumpulan membawa kertas edaran untuk pemarkahan fasi pada setiap checkpoint. Markah dikira berdasarkan tugasan yang dijalankan dan kepantasan kumpulan di garisan akhir.

Tahniah johan geng gegirl dari 3 Imtiyaz. 

Tamat permainan ini pada pukul 11.00 pagi dan mereka dibenarkan rehat lebih panjang dari hari biasa untuk menikmati nasi lemak percuma :)

Kari kambing qeqah
Muhammad Umar Haziq

































 

Telegram Channel