17 November 2016

Trip Ke Bukit Nenas: Program Selepas Peperiksaan







Hari ini saya bawa student ke Taman Eko Bukit Nenas yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Masuk secara percuma dan tarikan terbaru di tempat ini ialah jambatan gantung dari pokok ke pokok. Apabila murid -murid mengajak aktiviti outdoor dengan kos yang minimum maka saya berfikir ke mana tempat yang sesuai, dan apabila ada permintaan ke Bukit Nenas apalagi saya set date kerana ia percuma dan murid hanya membayar duit bas.  Makanan dibawa sendiri dari rumah untuk aktiviti ala ala pot luck macam picnic di kawasan perhutanan. 

Bas bertolak pada pukul 8.15 pagi dari sekolah dan tiba pukul 9.00 pagi di kawasan ini. Kami masuk melalui pintu masuk di parking Menara Kuala Lumpur dan berjalan ke dalam hutan melalui denai yang disediakan. Pada mulanya saya ingin mengambil kemudahan renger tetapi memandangkan date November full dengan aktiviti rombongan maka kami free and easy jelah dalam tu. Saya bertindak macam renger hutan terang itu ini hihihi tak susahpun sebab ada keterangan di board board dalam hutan tu. Tetapi jika ada renger hutan lagi best boleh terangkan sesuatu yang tiada keterangan dalam board. 

Sesuatu yang menyeronokkan di pagi hari merasa bauan dari hutan dan alam yang masih sihat..berjalan kaki melalui kehijauan dengan pace kami sendiri perlahan lahan tiada apa nak dikejarkan pun. Mempelajari nama pelbagai jenis pokok pokok di sini. Kami ke Pusat Informasi Taman Eko Bukit Nanas dan bertuah kerana dilayan oleh ranger hutan di situ. Dia memberikan peluang kepada kami menonton video mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem perhutanan yang terdapat di sini. Kami dapat melihat pameran dan info mengenai pokok pokok dan nama -nama pelik yang menarik untuk info.

Akhirnya sebelum keluar dari kawasan hutan ini, kami menaiki jambatan gantung yang agak gayat bagi murid yang tidak biasa menaikinya. Melihat panorama hutan dari aras atas yang menakjubkan mata memandang jika anda memang peminat kehijauan alam sekitar. 

Orait sementara tempat ini boleh diakses secara percuma dan banyak aktiviti boleh dijalankan, marilah mempromosikan tempat menarik ini. Jika anda melalui pintu masuk dari arah Menara KL, bolehla berjalan -jalan ke Menara KL pula , ada mini zoo dan rumah terbalik di kawasan berhampiran. Oh ye jika nak naik bas pelancongan yang tidak berbumbung tu pun boleh untuk ronada ronda Kuala Lumpur :)

First time to IKEA Cheras
Quality time with Fiqah
Thanks for the treat















Taklimat



































 

Telegram Channel