11 December 2016

Trip to Gunung Sinai atau Tursina - Lembu Samiri - Makam Nabi Harun, Sinai, Mesir.


Salam Sinai hari ke 11 di Mesir


Pukul 12.00 tengah malam kami bersiap untuk mendaki Gunung Sinai (juga dikenal dengan nama Jabal Musa جبل موسَÙ‰ dalam bahasa Arab) adalah sebuah gunung yang terletak di Semenanjung Sinai di Mesir. Tingginya 2.285 meter dan berada di barisan pegunungan di sebelah selatan semenanjung tersebut.
Cuaca tersangat sejuk hingga saya terpaksa memakai 4 lapis baju huhu 2 lapis long john, 2 lapis seluar dan 2 lapis setokin.







Bukit atau Gunung Tursina merupakan salah satu tempat yang memiliki nilai sejarah kenabian Musa alaihissallam. Di sanalah, Nabi Musa  bermunajat kepada Allah SWT untuk menunjukkan bukti kenabian kepada kaumnya.
Ia juga merupakan tempat  Nabi Musa as pernah berbicara  kepada Allah  SWT.
Seawal pukul 1.00 pagi kami sudah tiba di kaki bukit Tursina. Ramai penjaja Arab yg mengerumuni kami kerana ingin menjual pelbagai jenis barang cenderamata dan keperluan seperti torchlight, selimut dan sebagainya. Kedinginan malam yg mencengkam di mana kesejukan sgt ketara. 



Kami memulakan perjalanan melalui St Christine.dan 25 minit kemudian saya rasa dah penat. Ahli rombongan yg terdiri dari mereka yg lebih berusia makin penat dan kami menerima tawaran pak Arab di tengah perjalanan untuk menyewa unta bagi menaiki bukit hingga ke puncak post rehat terakhir. Perkhidmatan ditawarkan 150 LE seorang bagi seekor unta bagi naik sehingga post rehat terakhir. Ini bermakna ada 45 minit perjln lagi yg memerlukan kami mendaki sendiri dari post terakhir hingga ke puncak. 

Keadaan sgt gelap...saya dan Ida beriringan agar tidak terlepas. Untuk menaki unta bagi sejam perjalanan lagi juga kami meminta kpd tuan punya unta yg mengiringi unta tersebut agar tidak memisahkan kami dan berdekatan antara satu sama lain. 

Saya dah start penat...tak fit untuk mendaki lagi. Bintang bintang dan bulan yg cantik tidak menarik perhatian saya krn melayan kesejukan dan kedinginan pagi. Menaiki unta adalah pilihan terbaik untuk 150 LE sehala ke atas sahaja. 
Menggigil juga naik unta ni..sbb sebelum ni jln yg landai dan dipadang pasir. Tapi kali ni mendaki!!!! So apalagi yg mcm semua geng rombongan sy tau huhu naik je unta saya menjerit bila unta tu bangun brrdiri. 

Orait take my own pace...unta berjalan bersama ahli rombongan dalam barisan dan Ida berada dihadapan saya. Dihadapan kami ada lebih kurang 10 unta lagi. Baru nak rasa selesa dgn unta ni..tetiba 5 minit kemudian penjaga unta ni membawa unta saya nun.....jauh ke depan sekali meninggalkan semua unta yg lain umpama ketua kabilah mengetuai perjalanan. Waaaaaa saya mengomel ngomel meminta tidak berpisah dgn Ida tetapi of course bukannya Pak Arab ni faham...dia asyik ulang its ok dan no problem. Perjalanan semakin payah dgn unta ini mendaki lereng lereng bukit yg curam benar benar menggayatkan!! Setiap kali unta ini mendaki tebing yg lebih tinggi dgn memanjangkan kakinya..ketika itu juga mulut sy akan bising ketakutan. Saya memalingkan kepala ke belakang waaaa....tak nampak unta unta yg lain. Penjaga unta ini juga tidak memegang tali unta dihadapan sebaliknya berjalan di belakang. Masa nilah rasa seram sejuk dahla melayan kedinginanan malam dan hidung saya ntah knp rasa sakit sangat. Seram sejuk mengenangkan unta ni beralih arah sekelip mata...huhuuu marilah berzikir dan bersalawat sambil memandang bintang bintang dilangit yg sangat banyak dan cantik. Keadaan gunung ganang sekitar yg diterangi cahaya bulan yg mempersonakan. Lima belas minit kemudian ...saya mendapat mood saya kembali dgn mengikut rentak unta ini sambil bersalawat dan berzikir sepjg jalan menghayati bintang dan bulan. Saya tidak menghiraukan lagi di belakang saya ada geng geng saya atau tidak. Alhamdulillah ada hikmahnya menjadi ketua kabilah ni hihihu sebab pemandangan anda dihadapan tidak terbatas langsung. Melihat panorama gunung ganang saujana mata memandang. Sayup sayup di bawah cerun saya nampak torchlight samar samar yg menandakan peserta yg memilih untuk berjalan kaki agak jauh ketinggalan ke belakang. Saya teringin mengambil gambar keadaan yg gelap gelita ini hanya sesekali suram bulan terkena menerangi jalan..tetapi saya bimbang unta ni terkejut dgn flash kamera nanti tak pasal pasal saya juga yg tergolek bawah bukit Tursina ni. Manakala geng yg menaiki unta dibelakang  saya , tidak nampak langsung mungkin jarak mereka dgn saya jauh antara 5 minit. 
Orait sejam kemudian...kami tiba di post terakhir perkhidmatan unta. Ini krn perjalanan seterusnya semakin mencabar mendaki dan mendaki curam dan unta tidak dapat meneruskan perjalanan lagi. Kami berhenti di pist terakhir ini hampir pukul 2.30 pagi. Sejukkkkkkkk sgt dan kami duduk dalam post terakhir melayan diri. Hidung bertambah sakit dan pipi saya terasa sakit. 

                                          


                          

Setelah 30 minit berehat...kami diarahkan untuk mendaki. Pak Arab ini memgatakan lagi 30 minit tetapi saya tidak rasa dgn keadaan saya yg tidak fit ini boleh mendaki untuk 30 minit lagi dahla sejuk sangat. Orait...kami start mendaki. 4 minit yg pertama saya rasa lain macam..nak pitam pun ada. Ada post post tempat untuk kami berhenti yg membantu untuk memanaskan badan sekejap.



Ada Pak Arab yang lain datang membantu saya. Ida dan seorang student Mesir lelaki sentiasa bersama saya dari post terakhir itu hinggalah ke puncak. Saya rasa sejam lebih juga saya bergerak dgn amat perlahan. Dan kerap berhenti huhuhu dan muntah angin 3 kali lepas diurut oleh Ida. Saya dah give up sebenarnya dengan degupan jantung yg sangat kencang dan hidung yg sakit. Tetapi pak Arab ini membantu dgn baik sekali dan kesanggupan Ida dan Azim student Mesir yg berjalan dgn pace saya.Akhirnya pukul 5 pagi kedengaran azan Subuh dari puncak bukit itu...alhamdulillah saya tiba juga ke puncak walaupun menjadi org terakhir yg naik. 







Tour guide saya membisikkan kepada saya.bahawa bayaran kpd Pak Arab ala ala sherpa itu 100 LE kerana perkhidmatannya membantu saya. Orait syukran Pak Arab..sewaktu membayar duit kepadanya saya mengucapkan terima kasih yg amat sangat dan barulah saya nampak dengan jelas dari raut dan matanya kelihatan dia sangat berusia...tetapi kudratnya hanya Allah yg tau. 
Kami berada di puncak sehingga pukul 6.30 pagi untuk bergambar kenangan dan mujurlah masa yg diberikan mencukupi untuk saya kembali cergas bagi perjalanan turun pula untuk tiga jam lagi. 
Bagi yg  tidak larat meneruskan perjalanan maka mereka boleh mendapatkan khidmat ala ala sherpa tu untuk turun dari bukit dgn bayaran 100 LE. Ini kerana jln menurun yg curam 













Dibawah ini merupakan gambar tempat solat bagi yg beragama Islam. Terdapat juga gereja kecil di sebelahnya. Sewaktu kami tiba ke puncak , org Yahudi juga ada di situ. Masing masing dengan cara tersendiri. 
Di bahagian sebelah masjid terdapat tangga yg menurun ke bawah. Tempat ini dianggap sbg tempat Nabi Musa bermunajat. 



Orait jom turun dah siang. Nak turun pakai unta kena berjalan kaki juga ke post terakhir baru dapat unta dgn perkhidmatan 150 LE lagi. Alhamdulillah saya dah ok maka bolehla turun perlahan lahan untuk menikmati pemandangan bukit bukau di situ yg tandus dan gersang tetapi panorama yg mengagumkan. Jika rasa penat ada banyak post gerai kecil sepanjang jalan naik atau turun dari Bukit Tursina. Kebanyakan kedai menjual barang yg hampir sama seperti teh, hot choclate, air dan coklat dan maggi mee. 




Orait nak cerita tentang batu Nabi Musa. Satu hari, Nabi Musa A.S. sangat-sangat teringin untuk melihat sendiri Allah S.W.T dengan pancaindera Nabi Musa A.S. sendiri. Tetapi Allah S.W.T. tidak memakbulkan permintaan Nabi Musa A.S. kerana pada hakikatnya Nabi Musa A.S. sendiri tidak mampu untuk melihat Allah S.W.T. Lalu apabila Nabi Musa A.S. tetap ingin berjumpa dengan Allah S.W.T., lalu keluarlah cahaya yang sangat terang menerangi kawasan tersebut sehinggakan pokok-pokok/tumbuh-tumbuhan yang berada disitu terpaksa berselindung disebalik celahan batu-batu. Lalu terjadilah batu macam ni. Nampak kan ade macam daun-daun tumbuhan yang melekat kat batu tu. Boleh dibeli di kedai kedai yg ada di spjg jalan menuruni atau mendaki bukit
Batu Nabi Musa



Cantikkan..subhanallah. Saya kongsikan gambar gambar sepanjang panorama di atas Bukit Tursina sepanjang menuruni bukit. Ada satu persinggahan di bukit ini dengan diberi gelaran Ilyas Basin nun jauh di bawah bukit dengan dua pokok tinggi sahaja yg ada di tengah gurun Bukit Tursina. Semakin menurun, yg ada masalah kaki dan ahli rombongan yg berusia sudah kelihatan lelah dan perjalanan turun yg sepatutnya dua jam menjadi 4 jam. Mereka mula menaiki unta tetapi saya dan Ida memilih berjalan  kaki menikmati panorama berbanding menahan kesakitan postur badan jika menaiki unta untuk menurun bukit. Ini krn kalau anda menaiki unta ..jika unta mendaki badan anda akan ke belakang tetapi jika unta menurun bukit, badan akan ke hadapan seolah olah ingin jatuh. Huhu...jom selfie dan tangkap gambar krn cukuplah pengalaman sekali seumur hidup untuk menaiki bukit Tursina ini. 











Cantiknya view

Sampai juga kami ke dataran kaki bukit Tursina hampir pukul 10 pagi juga. Huhuhu 4 jam ..rasa macam nak merangkak sbb kakiku dah sakit sangat.


Selepas makan tengah hari, kami singgah ke satu lokasi yg dipercayai ukiran batu menyerupai Lembu Samiri 

Sejarah Lembu Samiri dikatakan bermula apabila Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa oleh Nabi Musa maka  salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka. Sekembalinya. Nabi Musa bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israel. Namun, Nabi Musa kecewa setelah baginda mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah patung berhala yang dibuat oleh Samiri. 

Gambaran patung lembu tersebut dikatakan pancaran daripada patung emas yang dibuat oleh Samiri (pengikut kepada Nabi Musa). Lalu pancaran tersebut terkena ke bukit dan membentuk ukiran seekor lembu. Ada pendapat yang menyatakan ia bukan hasil pancaran dari patung emas tersebut tapi cuma kesan luluhawa yang membentuk seperti lembu, wAllahua'lam. 




Destinasi  seterusnya makam nabi Harun. Nabi Harun merupakan abang kandung Nabi Musa. Sentiasa bersama sama Nabi Musa dalam menyebarkan agama Islam. Nabi Harun wafat terlebih dahulu sebelum Nabi Musa as. Setelah puas bergambar, 
Kami meneruskan perjalanan ke Dahab untuk check in hotel pada kira kira pukul 1.00 tengah hari. Orait next entri saya akan ceritakan mengenai  Dahab. 



Beribu bintang di langit 
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
#mood ke bintang dan bulan :)



2 comments

Assalamualaikum

cg boleh tahu cg pergi ke sini guna travel agent mana ye. mcm best jek boleh bg detail tak.

Waalaikummussalam
Saya guna travel agen di Mesir sendiri yg dijlnkan oleh student malaysia yg belajar di mesir. Boleh email saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com untuk mengetahui nombor telefon personal agen tersebut

 

Telegram Channel